PBK强烈谴责杀害比尔要求警方迅速破案

 

 

 

Dahsyat! Dibunuh! Encik Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong Seorang Aktivis Sosial dan Politik

Berita dahsyat dari Miri diumumkan bahawa Encik Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong Setiausaha Pakatan Rakyat cawangan Miri dan juga setiausaha Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) dibunuh. Perbuatan keganasan ini memang keji dan bacul, patut dikutuk. Tidak boleh diampuni! Kerana kepentingan diri-sendiri hilang akal langsung tidak peduli kemanusiaan! Kami Parti Bumi Kenyalang menggesa Pihak Polis dalam kes ini dengan secepat mungkin menyiasat siapakah pembunuh dan menangkapnya.

Kami Parti Bumi Kenyalang bersedih dan menyampaikan takziah kepada keluarga Mendiang Encik Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong.

Encik Bill Kayong Teladan Baik kita –bersemangat Berkhidmat Untuk Rakyat

Sebelum ini mendiang Encik Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong bergiat dalam pergerakan politik untuk mempertahankan kepentingan rakyat. Mendiang, Setiausaha Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) pernah menjadi calon wakil PKR berdiri di Bekenu dalm pilihan raya dewan undangan negeri Sarawak kebelakangan ini. Mendiang juga bergiat dalam pergerakan anti projek empangan Baram,kegiatan S4S, khasnya dalam perjuangan mempertahankan hak tanah NCR. Penyumbangan Mendiang untuk rakyat khasnya dalam kes mempertahankan hak tanah NCR boleh disangjung dan diteladani. Kami Parti Bumi Kenyalang memberi hormat setinggi-tingginya kepada Mendiang encik  Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong.

 

Biar Sesat Di hujung Jalan Balik ke Pangkalnya Masih Sempat Masanya

 

Mengimbau beberapa tahun ini kes jenayah seperti membunuh,merompak,menculik, meragut dan sebagainya tidak berhenti berlaku di negeri Sarawak. Boleh dikata kedudukan keselamatan masyarakat umum di Negeri Sarawak telah sampai ke tahap ancaman merbahaya. Namun  demikian nampaknya tidak berapa diendahnya pihak terbabit atau jabatan-jabatan terbabit . Parti Bumi Kenyalang menyeru Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Sarawak mengambil perhatian serius tentang perkara ini dan menggesa Jabatan-jabatan terbabit menjalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh, membuat lebih banyak kerja-kerja kebajikan supaya rakyat hidup dalam suasana aman dan damai. Bukan membuang banyak masa dan tenaga supaya membuat macam-macam taktik untuk mengacau,mengugut dan menyakiti parti pembangkang, aktivis sosial, aktivis-aktivis dari NGO yang tidak bersafahaman dengan kerajaan. Sehingga boleh membiarkan kes jenayah sering berlaku di mana-mana pun tidak dirasainya. Akhirnya mungkin perbuatan mereka mengakibatkan suatu hasilan bak kata umum buatkan hutan rimba untuk menghalau pipit. Sial-sial saja.

 

Pihak polis perlu ambil tindakan dengan serta-merta memburu pembunuh! Berikan keadilan kepada Mendiang Encik Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong.

 

Parti Bumi Kenyalang menyokong pihak terbabit menubuhkan satu pasukan khas untuk menyasiat kes pembunuhan ini. Menangkap penganas dan dalangnya supaya didakwa ke mahkamah. Selanjutnya memberi kebenaran dan keadilan kepada Si mendiang dan keluarganya.

Parti Bumi Kenyalang menanggap bahawa kita perlu menjelmakan kesedihan kita kepada kekuasaan dan kekuatan, untuk menyedarkan seluruh rakyat jelata supaya bersatu-padu berjuang untuk mempertahankan kepentingan dan kebajikan kita.

Sekian dan terima kasih.

 

Kenyataan daripada Parti Bumi Kenyalang pada 24hb Jun 2016

线上人数

在线: 265  个访客 和 0 个会员

游览者总计

页面访问数:
32946355

本网站内搜索资讯

免责声明 Disclaimer

Articles, pictures and video posted could be from various sources and we could not ascertain the accuracy of the materials and the contents do not represent the views of ehornbill.com or its employees/workers/helpers/web designer/hosting company as such we are not responsible for the accuracy of the contents. However, if any article is not appropriate please inform us as soon as possible for deletion.

张贴的文章,图片和视频可能来自各种来源,我们无法确定资讯和内容的准确性,其内容也不代表《犀乡资讯网》或其员工/义工/网站设计和有关网站托管公司的观点,因此,我们不会对内容的准确性承担任何责任。但是,如果有任何文章不合适,请尽快通知我们以便进行删除。
本资讯编辑部

Please publish modules in offcanvas position.