Parti Bumi Kenyalang menggesa Kerajaan Persekutuan Malaysia membuat undang-undang di Parlimen supaya membenarkan syarikat-syarikat pengangkutan lautan atau angkasa lepas boleh mengutus kapal-kapal atau kapal-terbang mereka direct berniaga dan direct import atau export komoditi/kargo dari pelabuhan luar Negara masuk atau keluar ke pelabuhan tempatan di negeri Sabah dan Sarawak.
Pendirian Terhadap Polisi Pengangkutan Dan Perjalanan Udara Dan Lautan Di Negeri Sarawak
(Kenyataan Daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang Sarawak)
Polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia terhadap pengangkutan dan perjalanan dlm. bidang udara dan bidang lautan adalah suatu polisi pemerintahan penjajah yang meyakinkan pelabuhan dan lapangan terbang (port authority and air-port) di Semenanjung Tanah Malaya berniat untuk merampas kuasa daripada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dlm. bidang kedua-dua ini boleh dilaksanakan dengan lancar sejak tahun 1980 hingga ke kini lebih kurang 40 tahun lamanya. Di bawah polisi ini semua kapal laut tidak dibenarkan membawa barang-barangan/kargo dengan secara langsung masuk (direct import) daripada pelabuhan-pelabuhan di luar negara terus ke negeri Sabah atau Sarawak. Ini bermakna semua kapal membawa kargo atau komoditi tak kira jenisnya mesti singgah di pelabuhan di Semenanjung Tanah Malaya dan kargonya dipunggah (discharge cargo) dan memuatkan lagi kargo atau komoditi dlm. kapal-kapal tempatan (local ships) hantar ke pelabuhan-pelabuhan di negeri Sabah dan Sarawak. Oleh itu kargo atau komoditi apabila di pasaran Sabah dan Sarawak harganya melambung tinggi ke 100% yang tidak dapat lari ditanggung oleh tauke dan pembelanja (consumer) di negeri Sabah dan Sarawak. Siapakah penganiaya ini? Oh! Autoriti Pelabuhan di Semenanjung Tanah Malaya mereka baru berkuasa mencipta pelbagai peraturan dan menjalankan berbagai-jenis caj atau cukai mengikut kehendak mereka. Inilah baru ada CAP HARGA MALU dlm. satu Malaysia ada berbeza Cap Harga Semenanjung Tanah Malaya dengan Cap Harga Sabah atau Sarawak. Dan lagi mustahilnya di bawah polisi penjajah ini hasilan mentah kelapa sawit direct export ke luar negara (direct export to overseas country) kena rampas dengan cara mustahak membayar caj atau cukai pengangkutan dari negeri Sarawak ke pelabuhan Kelang (Port Kelang) di Semenanjung Tanah Malaya. Undang-undang atau peraturan-peraturan ini datang dari mana? Dan bayaran caj pengangkutan ini masuk ke tangan siapa? Kerajaan negeri Sarawakkah atau Kerajaan Persekutuan Tanah Malayakah?
Polisi memang tidak adil kepada rakyat Sabah dan Sarawak! Polisi penjajah ini patut dimansuhkan! Tak boleh hidup lagi!
Beberapa hari dahulu pada majlis umum di negeri Sabah Perdana Menteri Malaysia Datuk Nazib Tun Razak mengumumkan bahawa akan mansuhkan polisi pengangkutan dan perjalanan udara dan lautan. Pengumuman ini sangat laris dan sesuai dengan keinginan suara rakyat di Sabah dan Sarawak. Tapi tidak menerangkan butir-butir yang terperinci mengenai apa dan bagaimanakah tindakan yang akan diambil atau di mana-mana majlis rasmi atau majlis umum di Malaysia juga disaksikan beliau ada menyentuh topik ini. Jadi ini sangat menyinggung dan mengeliru perasaan semua pihak sama ada kapal-kapal luar negara (overseas boat/International boat) boleh direct import komoditi/kargo ke pelabuhan di Sabah dan Sarawak atau hanya diizinkan kapal-kapal tersebut boleh singgah dan memunggah komoditi/kargo di pelabuhan tempatan? Oleh itu peniaga-peniaga dan masyarakat umum di Sabah dan Sarawak ingin tahu dan menggesa Kerajaan Persekutuan Malaysia boleh membuat penyataan lebih selanjutnya.
Parti Bumi Kenyalang Sarawak di sini memohon dan menggesa dengan tegas kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia batalkan segala peraturan-peraturan dan bayaran caj yang tidak adil dan mansuhkan segala hak angkasa lepas dan lautan ini dimonopoli oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia ini supaya meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh peniaga-perniaga dan pembelanja-pembelanja di Sabah dan Sarawak sini. Dan menggesa Kerajaan Persekutuan Malaysia membuat undang-undang atau peraturan-peraturan di Parlimen supaya membenarkan dan menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan lautan atau angkasa lepas boleh mengutus kapal-kapal atau kapal-terbang mereka direct berniaga dan direct import atau export komoditi/kargo dari pelabuhan luar Negara masuk atau keluar ke pelabuhan tempatan di negeri Sabah dan Sarawak. Parti Bumi Kenyalang Sarawak juga yakin syarikat-syarikat tempatan ini di Sabah dan Sarawak mampu dan pandai mengurus perniagaan mereka di bawah sisi undang-undang atau peraturan-peraturan yang adil ini.
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan Daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang Sarawak
(yang bertarikh 11hb Jun 2017)

