Parti Bumi Kenyalang merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 1:20 petang 11hb Januari 2017. Sesungguhnya jasa dan sumbangan beliau terhadap rakyat Sarawak cukup besar. Kami Parti Bumi Kenyalang juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan hambaNya yang beriman. Insya Allah.
PBK Rakam Takziah Atas Pemergian Ketua Menteri Sarawak Dauk Patinggi Tan Sri Adenan Satem
Parti Bumi Kenyalang Sarawak merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 1:20 petang 11hb Januari 2017. Sesungguhnya jasa dan sumbangan beliau terhadap rakyat Sarawak cukup besar.
Kami Parti Bumi Kenyalang Sarawak juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan hambaNya yang beriman. Insya Allah.
Almarhum Datuk Patinggi Adena Satem di pentas politik selama 40 tahun, sebelum pemergian Almarhum 2 tahun 11 bulan dulu beliau merupakan Ketua Menteri Sarawak telah membuat jasa dan sumbangan terhadap rakyat Sarawak yang dahulu tidak pernah ada orang berani membuat begitu iaitu mengimbas sejarah, mengusul untuk menuntut balik hak-hak autonomi Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia. Jasa dan sumbangan ini cukup membawa gilang-gemilang cahayanya dalam riwayat Almarhum. Parti PBK Sarawak dan rakyat Sarawak memberi hormat kepada Almarhum.
Kehilangan hak-hak autonomi Sarawak selepas penubuhan Malaysia tahun 1963 ini diakibatkan oleh tersembunyi sesuatu muslihat dengan cara sedikit demi sedikit ditelannya. Bekas Ketua Menteri Sarawak yang pertama mendiang Datuk Stephen Kalong Ningkan kerana tidak puas hati Hak-hak Sarawak yang termaktub dalam MA 1963 dan Repot Inter-Governmental Committee telah terkikis oleh Kerajaan Persekutuan, sehingga merayu kepada mahkamah dan kemudian terbuang beliau daripada takhta ketua menteri Sarawak.
Selepas perkara ini tiada mana-mana menteri di Sarawak berbunyi tentang Hak-hak Sarawak dan dengan sesuka hatinya dibuat pindaan perlembagaan persekutuan Malaysia, ini bermakna kehilangan hak-hak autonomi Sarawak mulai dari masa kini. Seperti hak-hak di bidang pelajaran dan pendidikan, ekonomi dan fiskal, sehingga hak memiliki dan meneroka minyak mentah petrol dan gas telah terampas, dengan cuma kembalikan cukai meneroka 5% sahaja, penjagaan dataran maritime pun telah terampas sehingga hanya tinggal 5 batu nautical sahaja luasnya di bawah jagaan Negeri Sarawak oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Selanjutnya pada tahun 1976 negeri Sarawak berstatus sama serata dengan Persekutuan Tanah Malaya dan Negri Sabah telah diturunkan statusnya sebagai salah satu buah negeri daripada 13 buah negeri dalam Persekutuan Malaysia. Ini merupakan sejarah yang paling genap pada tahun 60 zaman lepas (zaman ke-20). Seperti Mendiang Apai Besai Datuk Temenggung Jugah ketika menanda-tangani MA63 balik ke rumah panjainya di Kapit bertemu dengan anak-anak buahnya berkata: “Hai! Apai! Masuk Malaysia umpama mengunyah batang tebu dari pangkal ke hujung makin kunyah makin tawar rasanya”. Apa maksudnya? Ini bermakna bahawa semakin lama dalam Malaysia semakin merasa sempit dan susah. Penghidupan kita semakin hari semakin terbuntut dan kehidupan kita juga semakin hari semakin susah payah.
Selama 54 tahun rakyat Sarawak tidak pernah berhenti menyeru, menuntut atau berjuang untuk mendirikan sebuah kerajaan dan sebuah sosial Malaysia yang adil, saksama, aman dan makmur. Namun begitu, Kesemua Hak-hak kepunyaan Rakyat Sarawak yang termaktub dalam MA63 dan Repot Inter-governmental committee telah semakin lenyap dalam suara menuntut rakyat Sarawak, kenapakah hati kita boleh tenang lagi?
Pmergian Almarhum Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Adenan Satem, selain kita berasa sedih, menghormati dan menyanjung tinggi jasa dan sumbangannya, kita berharap penggantinya boleh mewarisi cita-cita Almarhum Datuk Adenan Satem terus-menerus perjalanan belum habis berjalan. Kita berharap Peneraju Pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak boleh membimbing rakyat Sarawak berjuang untuk menuntut balik hak-hak autonomi Sarawak seperti dalam masa dijangka oleh Almarhum Datuk.
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan Daripada Wakil Pihak Setiausaha Parti Bumi Kenyalang Sarawak
( yang bertarikh 12hb Januari 2017)

