Di sini Parti Bumi Kenyalang juga menyatakan bahawa negeri Sabah dan Sarawak seharusnya mempunyai hak autonomi diri-sendiri untuk mengelolakan urusan perhubungan dan pengangkutan negeri diri-sendiri. Kami percaya Sarawakians mampu menubuhkan syarikat air-line demi pertumbuhan dan perkembangan perkhidmatan air-line kerana kepentingan dan kebaikan negeri Sabah dan Sarawak.
Negeri Sabah dan Sarawak Harus Mempunyai Hak Autonomi Dalam Bidang Perhubungan dan Pengangkutan
Mahal! Memang mahal! Lebih mahal daripada Emas! Harga air tiket dalam tempuh masa musim perayaan hari besar umpamanya pada Hari Raya Aidilfitri, Krismas, tahun baru Chinaatau cuti persekolahan. Dalam tempuh masa tahun lepas 4hb---7hb Februari 2016 air tiket Mas dan Air Asia dari KL/Sibu MELEBIHI 1,000/-RINGGIT atau Johor Bharu/Sibu HAMPIR 1,000/- RINGGIT SATU TRIP.
Laporan statistik internet daripada sunber kedua-dua syarikat Air Asia dan Mas telah menunjukkan bahawa dalam satu bulan Tahun Baru China ini diramal harga air tiket akan melambung tinggi ke kemuncak. Harga air tiket Air Asia KL/Sibu 650/-ringit setrip pada 26hb Januari 2017 dan trip pulang Sibu/KL sama harganya 650/- ringgit pada 6hb Februari 2017. Jika Singapura/Kuching harga air tiket 350/- dollar Singapura (1,081.50/- ringgit Malaysia) pada 26hb Januari 2017 dan akan balik ke Singapura pada 31hb Januari 2017 harga air tiket 800/- ringgit. Jadi jika ulang-alik setrip harus makan 2,000/- ringgit. Jika memakai air-line Mas harga air tiket lagi Mahal, KL/Sibu trip ulang-alik perlu makan 1,337.75/- ringgit. Pada 26hb Januari 2017 MH682 trip Singapura/Kuching sebanyak 2,107.38 dollar Singapura dan trip balik ke Singapura pada 30hb Januari 2017 harga air tiket MAS sebanyak 883.90/- ringgit. Jika trip ulang-alik paling tinggi harganya nak 2,991.28 ringgit.
BAGAIMANAKAH RASANYA PERANTAU DI LUAR NEGERI NAK BALIK KE NUSA DIRI. SAKIT HATI DAN KECEWA!
Daripada laporan statistik ini telah menunjukkan bahawa tahun ini musim hari raya tahun baru China harga air tiket akan diramal melambung tinggi purata 100/- ke 200/- ringgit setrip dan paling tinggi sampai ke 2,000/- ringgit. Ini memang dahsyat dan luar biasa! Harga air tiket dalam Negeri lagi mahal daripada luar negeri. Contohnya harga air tiket ulang-alik trip KL/London baru 3,000/- ringgit sahaja. Kenapa bagitu Mahal? Mustahillah!
Pada hari raya tradisional tahun baru China ini perantau-perantau di luar negeri memang ingin pulang ke nusanya setahun sekali berkumpul dengan ahli-ahli keluarganya atau menujungi saudara-mara atau sahabat handai mereka. Kerana harga air tiket bagitu mahal banyak perantau terkandas di luar negeri khasnya pelajar-pelajar ada yang bukan ada cukup duit mampu membeli tiket bagitu mahal, nak balik ke kampung keluh-kesah saja, walau rindu lagi rindu pun terpaksa berhari raya di luar negeri. Saudara-mara dan ibu-bapa mereka di kampung situ istimewanya yang berusia tua ini memang berasa pilu sedih.
Apa sebabnya harga air tiket terlalu mahal? Dalam Ngeri Sabah dan Sarawakcuma ada dua syarikat air-line Air Asia dan Mas jadi pasaran kurang bertanding dimonopoli oleh kedua-dua syarikat ini, Khususnya air-lane di pendalaman Sabah dan Sarawak habis dikontrak oleh Mas. Jadi harga tiket, bilangan trip dan extra-charge perkhidmatan pun ditetapkan oleh satu kompeni Mas sahaja.
Sepatutnya mana-mana kompeni perniagaan dan perdagangan bukan Mas saja ada strategi atau prinsip tetap diri-sendiri termasuk matlamat, sikap perkhidmatan dan untung-rugi. Bukan mengalami masa peluang mas boleh ditingkat harganya terlampau melebihi harga pasaran biasa akan tetapi ketika mengalami masa kemerosotan maka lelonglah. Macam syarikat air-line mesti ada strategi tetap untuk menentukan harga air tiket sederhana atau reasonable price boleh ditanggung oleh lapisan rakyat rendah dan sederhana.
Mengalami masa genting ini kenapa kementerian perhubungan dan pengangkutan atau jabatan perdagangan dan perniagaan boleh berpeluk tubuh badan saja tidak mengambil tindakan serta-merta melainkan biar keadaan kerana telur nyaman sedap bunuhlah ayam tu.
Oleh yang demikian Parti Bumi Kenyalang berharap dan menggesa kementerian perdagangan dan perniagaan mengambil tindakan serta-merta terhadap syarikat air-line tersebut itu di sisi Akta Membantah keuntungan terlampau.
Di sini Parti Bumi Kenyalang juga menyatakan bahawa negeri Sabah dan Sarawak seharusnya mempunyai hak autonomi diri-sendiri untuk mengelolakan urusan perhubungan dan pengangkutan negeri diri-sendiri. Kami percaya Sarawakians mampu menubuhkan syarikat air-line demi pertumbuhan dan perkembangan perkhidmatan air-line kerana kepentingan dan kebaikan negeri Sabah dan Sarawak.
Sekian.
Kong xi Fa Cai! Salam Bahagia dan Sejahtera kepada saudara-saudari Sabah dan Sarawak!
Kenyataan Daripada Pihak Setiusaha Parti Bumi Kenyalang
( yang bertarikh 30hb Disember 2016 )

