Parti Bumi Kenyalang tegar memohon dan menggesa Kerajaan Negeri Sarawak boleh menubuhkan satu suruhanjaya khas yang merangkumi wakil daripada pelbagai parti, ahli pakar dan sejarawan supaya berunding dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menuntut balik hak autonomi Sarawak
Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Sesi November 2016 Ini Telah Menjadi Dewan BN Satu Suara Tanpa Suara Berlainan
Sungguh mengecewakan kami Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mengambil tindakan “U-Turn” kerana tekanan daripada UMNO dan lain-lain ahli dewan undangan negeri Sarawak daripada parti BN pun diam sahaja. Bukankah sebelum ini Ketua Menteri kita menguar-uarkan akan menyarankan usul dan diluluskan resolusi untuk menuntut balik hak Sarawak seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia Tahun 1963 (MA63) pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak November 2016.
Lebih menghairankan lagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nassar telah menghalang semua usul daripada parti pembangkang dibentangkan dalam sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada November 2016 dengan pelbagai alasan yang tidak logik. Sehingga ada sekongkol Menteri sudah tidak tahan sakit hati lagi kerana nak buat terangan terperinci bila disoalkan oleh ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) berkait dengan baki peruntukan projek MRP sejumlah 250 juta ringgit sudah pergi ke mana. Jadi gantunglah sesuatu ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti pembangkang menghadiri sesi persidangan Dewan Undangan Negeri ini.
Tindakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN ini sudah menunjukkan mereka memihak dan tunduk kepala kepada bosnya BN Persekutuan Tanah Malaya. Langsung tidak mengambil berat akan aduhan dan rayuan daripada rakyat Sarawak. Dalam peringatan kita sebelum pihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak diadakan kita sering mendengar bunyi uar-uar Parti BN Sarawak nak mengesyorkan usul dan diluluskan resolusi untuk menuntut balik hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia tahun 1963 (MA63) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang. Akan tetapi sekarang kita berasa seolah-olah dibohong dan dimain-main. Sebenarnya Parti BN Sarawak ini cuma untuk tujuan memancing kertas undi sahaja!
Dalam Bajet 2017 Negeri Sarawak diperuntukkan Belanjawan Pembangunan sebanyak 5.928 billion ringgit dan 0.28 billion ringgit diperolehi daripada Bajet 2017 Kerajaan Persekutuan Malaysia, ini menunjukkan satu kebenaran bahawa Peruntukan Pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan Malaysia tidak boleh diharap dan diamanahkan lagi kerana jumlah sebanyak 0.28 billion ringgit boleh ditanggung oleh mana-mana satu syarikat yang paling kaya dalam senarai nama syarikat di antara pertama ke kesepuluh dalam negara kita, bukan Kerajaan Persekutuan Malaysia sahaja.
Sekiranya Kerajaan Persekutuan Malaysia terus-menerus dengan sikap begitu memperuntukkan wang peruntukan pembangunan kepada negeri Sarawak kita akan hilang kepercayaan kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia lagi.
Meski pun setiap tahun negeri Sarawak menymbangkan pelbagai cukai berjumlah ratusan billion ringgit kepada Kerajaan Persekutuan namun wang peruntukan pembangunan diperturunkan daripada Kerajaan Persekutuan hanya 0.28 billion ringgit sahaja, masih baki sejumlah 5.6 billion ringgit perlu ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak diri-sendiri. Kita tidak faham apa maksudnya, ada kemungkinan Kerajaan Persekutuan Malaysia ingin nampak Kerajaan Negeri Sarawak boleh memegang prinsip berhak autonomi untuk mengurus ekonomi dan kewangan diri-sendiri, mungkin tak perlu lagi sumbangkan cukai-cukai kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan telah disangsi banyak mengorbankan kepentingan dan kebaikan Negeri Sarawak seperti projek pembangunan khususnya projek pembangunan luar Bandar atau di kawasan pendalaman, angka penganggur orang muda semakin meningkat disebabkan oleh pengurusan kewangan kerajaan Persekutuan sangat lemah dan berpenyakit memboros, tidak bersih dan telus.
Parti Bumi Kenyalang tegar memohon dan menggesa Kerajaan Negeri Sarawak boleh menubuhkan satu suruhanjaya khas yang merangkumi wakil daripada pelbagai parti, ahli pakar dan sejarawan supaya berunding dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menuntut balik hak autonomi Sarawak khususnya di bidang ekonomi dan kewangan, hak memiliki bahan sumber alam semulajadi, pelajaran dan pendidikan, perhubungan dan pengangkutan, perubatan dan kesihatan dan juga hak pentadbiran. Kedua menggesa kerajaan Sarawak mempercepatkan lagi langkah-langkah berunding dengan Pihak Kerajaan Persekutuan supaya resolusi 20% cukai penerokaan minyak mentah petrol kepada Kerajaan Sarawak boleh dilaksanakan. Sekiranya sepanjang masa Kerajaan Negeri Sarawak tidak mengambil berat suara rakyat akan menyebabkan konflik di antara kerajaan dengan rakyat lebih mendalam dan rakyat akan hilang kepercayaan kepada kerajaan kita.
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan daripada setiausaha Parti Bumi Kenyalang
(Yang bertarikh 26hb November 2016)

