Parti bumi Kenyalang percayai rakyat Malaysia atau pengundi-pengundi dlm.Malaysia akan tahu hitam putihnya. Tindak tanduk yang keji ini akan menyebabkan , hilangkan lebih banyak lagi undi-undi dlm.pilihan-raya akan datang. Kita ingin memberitahu dan mendesak anasir-anasir yang pro perkauman berhentikan tindak-tanduk yang keji dan sekiranya tidak akan mengalami gagalan yang lebih teruk. Insaflah! Kembalikan Imej yang baik kpd. kerajaan . Berhentilah! Mengkeji dan mengotori En. Robert Kuok!
Kembalikan Bersih dan Nama Baik Kpd. Robert Kuok
(Penyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang Cawangan Lanang)
Kerajaan BN UMNO Malaysia harus kembalikan bersih dan nama baik kpd. En. Robert Kuok seorang usahawan yang berjaya, cinta dan taat setia kpd. Negara.
Masa terkini Blogger Raja Putra membuat khabar angin dan menuduh bahawa En. Robert Kuok memberi dana bantuan kpd. Parti DAP dengan maksud untuk menumbangkan kerajaan BN dan ingin mendirikan kerajaan orang china di Malaysia. Berikutan berita ini PM Malaysia Datuk Seri Najib Razak pun mengatakan sekiranya tiada bantuan1Kerajaan
BN En. Robert Kuok kenapa boleh berjaya dan bernama “Raja beras dan gula”. Ini bermakna nama harum ini boleh didapati kerana ada Kerajaan BN Malaysia di
belakang. Ahli Jawatan Kuasa Pusat UMNO En. Tajuddin juga mengingati Robert Kuok jangan lupa asalnya. Seterusnya menteri pelancongan dan budaya Datuk Seri Nazri Aziz macam samsen dan gila mengeluarkan kata-kata jahat dari mulut yang kotor dan busuk ini bahawa “bela makan lalu digigit oleh anjing yang diinangnya”
seperti kacang lupakan kulitnya. Dan mengutuk dan mencabar jika dia (Robert Kuok) bukan pengejut, selalu bacul jangan tersembunyi di luar negari berlawan dengan Kerajaan BN; jika gagah berani serahkan balik hak istimewanya--- hak warga Negara kpd. kerajaan BN Malaysia. Jangan balik ke Negara kita lagi. Selepas itu beberapa orang tokoh politik pun mengikut jejaknya mungutuk, menyumpah dan bising sekali.
Beberapa orang menteri daripada UMNO telah mengutuk dan menyumpah dengan tanpa asal-usulnya kpd. En. Robert Kuok telah menyakiti dan mengotori seorang usahawan yang berjaya, cinta dan taat setia kpd. Negara ini. Perkara ini sugguh mengecewakan
kita semua dan telah merosakkan suasana harmoni dlm. masyarakat yang pelbagai kaum dan akan membangkitkan perasaan sentimen dan emosi prasangka di antara pelbagai kaum di Negara kita dan juga memburukan nama baik nagara kita.
Yang sedia maklum bahawa kejayaan En. Robert Kuok dan terkenal di dunia antarabangsa bergantong kpd. tekun berusaha dan kepandaiannya. Dengan bijaksana dan kepandaiannya walau pun beliau telah menangkap sesuatu opportunity nanum oleh kerana polisi perkauman daripada kerajaan yang tidak adil dan saksama, selalu memihak kpd.
sesuatu etnik dan menguntungkan segelintir orang yang bertali-kait erat dengan kumpulan pucuk pimpinan yang teraju kuasa kerajaan sahaja maka beliau mengambil keputusan mengundurkan perusahaan-perusahaannya ke luar negeri. Nayatalah kerajaan BN di Negara kita tidak mampu mengekalkan pengusaha-pengusaha atau pakar-pakar yang pandai dan bijaksana terus-menerus berkhidmat dlm. negeri kita.
Menurut berita beliau pernah memperuntukkan dana bantuan dan berkecimpungkan diri-sendiri dlm.bidang perhubungan dan pengangkutan laut Malaysia (MISC) nanum akhirnya terpaksanya mengundur dengan mejual syernya, untuk memelihara dan mengekalkan hubungan erat dengan negeri Singapura beliau pernah dilantik memegamg jawatan director Air-line Malaysia/Singapura. En. Robert Kuok beliau juga pernah beberapa kali menyelamatkan UMNO dan MCA ketika dlm. kecemasan dengan mengeluarkan dana bantuan kpd. kedua-dua Parti politik ini.
Hairannya semasa beliau menyumbangkan semangat dan tenaga untuk berkhidmat kpd, Negara beliau dikutuk, dikeji dan dipandang rendah sebagai kacang lupakan kulitnya. Patutkah?
Siapakah bersalah? Dan siapakah seperti kacang lupakan kulitnya?
Tidak dapat dinafikan bahawa dlm. perkhidmatan beliau berusaha dan memain peranan penting untuk mencipta suasana baik dlm. mengeratkan perhubungan di antara Negara kita dengan
Negara china. Beliau bergiat dlm. bidang perniagaan dan ekonomi sehingga dlm. bidang pelajran, pendidikan dan kebudayaan untuk memajukan tehnologi, salin memberi fikiran dan fahaman di antara negara kita dengan negar china. Ini ialah suatu fakta yang nyata menunjukkan dia seorang usahawan berjaya yang berakhalak baik dan patut dihormati oleh semua warga-negara Malaysia. Kita ingin tahu gerangan siapakah menjejaskan proses kemajuan demoratik? Siapakah seperti kacang lupakan kulitnya? Dan kenapakah nak cabut hak istimewa---hak warga-negara Malaysia?
Dari tahun 2005 Kerajaan BN UMNO nampaknya berubah memihak kpd. kanan, menonjolkan polisi lebih memberatkankepentingan orang Melayu, membezakan hak-hak bumi putra dan bukan bumi putra. Khususnya dlm. 10 tahun ini lebih nampaknya terlanjur ke lebih jauh lagi.
Selanjutnya tidak berani mengumumkan tarikh pilihan-raya umum ke-14, tetapi tidak boleh
ditangguhkan lagi maka terpaksa sengaja membuat sesuatu emosi, buatkan masalah En. Robert Kuok untuk membangkitkan suatu perasaan sentimen dan emosi prasangka di antara pelbagai etnik supaya boleh memancing undi supaya Kerajaan BN UMNO
boleh menang lagi dlm. pilihan-raya akan datang.
Kami Parti bumi Kenyalang Sarawak percayai rakyat Malaysia atau pengundi-pengundi
dlm.Malaysia akan tahu hitam putihnya. Tindak tanduk yang keji ini akan menyebabkan UMNO hilangkan lebih banyak lagi undi-undi dlm.pilihan-raya akan datang. Kita ingin memberitahu dan mendesak anasir-anasir UMNO yang pro perkauman berhentikan tindak-tanduk yang keji dan sekiranya tidak akan mengalami gagalan yang lebih teruk. Insaflah! Kembalikan Imej yang baik kpd. kerajaan BNUMNO. Berhentilah! Mengkeji dan mengotori En. Robert Kuok!
Penyataan daripada
Parti Bumi Kenyalang
( yang bertarikh
1hb Mac 2018)