PBK:Sekian lamanya 53 tahun hak-hak dipunyai Sabah dan Sarawak telah dikupas dan boleh difahami kedua-dua tempat telah menanggung kerugian beberapa besar dan banyak. Pembangunan Infrastruktur di Sabah dan di Sarawak seperti Lapangan terbang,hospital, lebuh-raya dan lain-lain lagi telah ketinggalan daripada Semenanjung Tanah Melayu selama 50 tahun.
Mansuhkan Butiran Pindaan PerlembagaanPersekutuan Malaysia 1976 dan Kembalikan Hak Status Persamaan kepada Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Tanah Melayu
Masa terkini Ketua Menteri Sarawak Datuk Tan Sri Adenan Setam menyatakan bahawa keturunan status Sabah dan Sarawak kepada salah satu negeri di antara 13 negeri dalam Malaysia adalah tidak sah dan mesti mansuhkan butiran pindaan perlembagaan Persekutuan Malaysia 1976 dan kembalikan hak status persamaan dengan Semenanjung Tanah Melayu kepada Sabah dan Sarawak. Kerana pindaan perlembagaan Persekutuan Malaysia tahun 1976 telah menyangkal dengan Perjanjian Malaysia 1963. Parti Bumi Kenyalang di sini menyatakan bahawa kami menyokong Ketua Memteri Sarawak untuk menuntut kembali hak kita.
Pada 19hb Oktober Pengerusi Pakatan Rakyat encik Padau Rubian menyatakan akan mengusulkan cadangan tersebut di Dewan Undangan Sarawak supaya semua ahli-ahli Dewan Undangan Sarawak boleh menyatakan pendirian bersama dan mengambil tindakan untuk mengembalikan Hak status sama serata dengan status Semenanjung Tanah Melayu. Di samping itu Naib Pengerusi Pakatan Rakyat encik See Chee How pula menyatakan beliau akan mengesyorkan cadangan bahawa semua ahli-ahli Dewan Undangan Sarawak dan di Sabah menubuhkan satu barisan yang di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Tan Sri Adenan Setam untuk menuntut hak status sesama dengan Semenanjung Tanah Melayu. Parti Bumi Kenyalang juga menyokong cadangan Pengerusi dan Naib Pengerusi Pakatan Rakyat.
Sungguh mengecewakan dan menyakitkan adalah kesalahan pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1976 telah disokong oleh ahli-ahli BN UMNO di Sabah dan di Sarawak termasuk USNO, Persatuan Chinese Sabah dan PBB, SNAP dan SUPP di Sarawak. Pada hakikatnnya Parti-parti ini patut menanggungjawab kesalahan ini. Parti kami berharap dan menggesa parti-parti tersebut boleh menyertai dan berusaha dalam pergerakan untuk menuntut kembali hak status yang sesama rata dengan Semenanjung Tanah Melayu.
Sungguh gembira dan suka hati DAP dan PEKEMAS telah membantah Pindaan tersebut itu. Tindakan mereka yang mempertahankan kebenaran dan keadilan ini telah tercatat dalam sejarah.
Di sini perlu dinyatakan pindaan perlembagaan persekutuan Malaysia 1976 telah mengubahkan status Negara Sabah dan Sarawak sebagai salah satu komponen dalam tiga komponen iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu yang sama serata statusnya. Perubahan ini tidak sah di sissi undang-undang kerana ia telah menyangkal dengan Perjanjian Malaysia tahun 1963. Perjanjian Malaysia tahun 1973 tidak boleh dipinda dengan sebarang kerana perjanjian ini adalah satu perjanjian antarabangsa yang ditandatangani di London dan didaftarkan oleh United Kingdom di United Nations(Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu), bukan hanya pihak ahli-ahli Parlimen Kerajaan Persekutuan Malaysia sahaja boelh dipinda, diubah atau diganti. Perlu menegaskan sebarang pindaan, ubahan, atau gantian boleh dilakukan pada mesyuarat yang dianggotai lima komponen iaitu United Kingdom, Singapura, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ahli-ahli Parlimen Kerajaan Persekutuan Malaysia tidak mewakili hak-hak Sabah dan Sarawak maka tidak sah.
Pada asalnya Perjanjian Malayisia 1963 membubuhi Sabah dan Sarawak banyak bidang kuasa, tetapi selepas itu Perjanjian Sarawak tahun 1963 diisytiharkan RAHSIA besar di sissi undang-undang rahsia. Jadi Cuma ada segelintir orang yang berkuasa baru boleh diketahui rahsia ini dan telah mengakibatkan perjanjian ini disalah taksir atau diputar-belitkan oleh segelintir orang yang bertujuan sengaja itu. Seterusnya Kerajaan Persekutuan Malaysia boleh pindakan perjanjian Malaysia tahun 1963 tanpa kelulusan atau diketahui oleh pihak kerajaan Sabah dan Sarawak seperti hak-hak penerokaan minyak petrol dan gas petroleum di Sabah dan di Sarawak.
Sekian lamanya 53 tahun hak-hak dipunyai Sabah dan Sarawak telah dikupas dan boleh difahami kedua-dua tempat telah menanggung kerugian beberapa besar dan banyak. Pembangunan Infrastruktur di Sabah dan di Sarawak seperti Lapangan terbang,hospital, lebuh-raya dan lain-lain lagi telah ketinggalan daripada Semenanjung Tanah Melayu selama 50 tahun.
Daripada Parti Bumi Kenyalang
24-10-2016