Parti Bumi Kenyalang juga menyeru dan menggesa Kerajaan Sarawak mengambil tindakan tegas untuk menuntut balik hak autoriti dalam bidang pelajaran dan pendidikan selanjutnya membentukkan sistem pelajaran dan pendidikan Sarawak diri-sendiri, mengeluarkan buku-buku teks yang sesuai dengan pembangunan dan perkembangan di bidang pelajaran dan pendidikan dalam Sarawak.
Pelaksanaan Konsep Pluralistik Boleh Menyatu-patukan Semua Rakyat
Terdekat kini, konsep pluralistik sesuai untuk membangun perpaduan Negara disyorkan oleh ketua menteri Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem semasa beliau membentangkan pandangannya bahawa satu bahasa bukan mengerti perpaduan, melainkan konsep pluralistik sesuai untuk menyatu-padukan semua etnik dalam masyarakat kita yang majmuk ini. Ketika beliau membentangkan pandangannya terbabit tajuk “bahasa perlu digunakan dalam pengajaran dan pelajaran dalam sekolah-sekolah”.
Sepangjang masanya tokoh politik BN UMNO mengura-urakan satu bangsa, satu Negara dan satu bahasa. Mereka menganggap konsep pluralistic dalam bidang bahasa, pendidikan dan kebudayaan akan melemahkan semangat patriotik selanjutnya akan memusnahkan perpaduan Negara kita. Sejak tahun 1955 laporan kertas putih Razak diumumkan undang-undang pendidikan dipinda dan diubah-suai, termasuk pelan biru pelajaran dan pendidikan tahun (2013—2025) berkuat kuasa untuk melancarkan langkah-langkah pelajaran dan pendidikan yang beraliran satu bangsa dan satu bahasa. Sekian lamanya fikiran yang dangkal ini sungguh mengeliru dan menjahilkan pemikiran rakyat yang waras itu. Jadi seolah-olah sekolah-sekolah yang bukan beraliran bahasa Melayu tidak manfaat kepada Negara dan rakyat. Yang demikian tidak diperuntukkan wang perbelanjaan dengan sewajarnya melainkan sekolah-sekolah ini terpaksa mengurus dengan secara diri sendiri.
Pendidikan pluralistik tidak merosakkan perpaduan di antara pelbagai etnik
Sebagai satu jenis alat komunikasi bahasa ini bermaksud untuk menyampaikan perasaan seseorang dan digunakan sebagai bahasa bertutur, tidak membawa apa-apa unsur untuk memecah-belahkan perpaduan di antara pelbagai etnik di Negara kita. Apa unsur dikatakan boleh memecah-belahkan perpaduan di Negara kita adalah buatan insan diri-sendiri, lagi pun tiada indeks atau statistik direkod untuk membuktikan hasil daripada pengkajian menjelaskan bahasa dan budaya telah memecah-belahkan perpaduan sesuatu Negara. Sebenarnya pluralistik aliran pendidikan atau persekolahan telah wujud dalam masyarakat kita yang majmuk ini sebelum zaman penjajahan British. Sekolah-sekolah beraliran bahasa Tionghua telah wujud di Negara kita selama tempuh masa 200 tahun ---satu jangka waktu dianggap bukan singkat dalam sejarah Negara kita. Tidak nampak ia merosakkan atau memecah-belahkan perpaduan Negara kita, khususnya di antara hubungan pelbagai etnik. Melainkan ia memperkayakan kebudayaan dan meningkatan pelajaran dan pendidikan ke tahap yang dianggap cemerlang yang boleh membawa kekuatan dan berpotensi dalam membangun sosioekonomi Negara kita, yang boleh mengekal dan dipelihara keharmonisan di antara hubungan pelbagai etnik dalam masyarakat kita.
Dalam tempuh belasan puluhan tahun ini peningkatan 14% bilangan pelajar daripada bukan bangsa tionghua dalam sekolah-sekolah tionghua telah mejelaskan anggapan sekolah-sekolah tionghua ialah sekolah-sekolah satu ras dan tidak membawa manfaat kepada Negara dan rakyat. Sebenarnya adalah suatu pra sangka yang salah. Kerana paling banyak bilangannya pelajar bumiputra yang belajar dalam sekolah-sekolah tionghua di Sarawak iaitu 2,000 orang dari jumlah bilangan melebihi 100,000 orang pelajar bumiputra belajar di sekolah-sekolah tionghua di seluruh Negara kita ini. Cuma di bahagian Bintulu sahaja sebanyak 30% daripada pelajar bumiputra termasuk etnik Iban dan etnik Melayu dalam 6 sekolah tionghua. Kadar bilangan ini sedang meningkat dan apa hujahnya boleh menyokong anggapan sekolah-sekolah tionghua adalah sekolah-sekolah satu ras dan tidak mamfaat kepada negara ?
Sekarang nyatalah membuktikan sekolah satu ras bukan unsur memecah-belahkan perpaduan Negara dan ada kacau hubungan etnik yang harmonis itu. Hanya anasir-anasir ekstremisme,tokoh tokoh daripada politik,agama,pendidikan dan orang-orang yang teraju pemerintihan kerajaan yang berfikiran dangkal ini disangka unsur-unsur boleh membawa perosak kepada perpaduan Negara kita ini. Sebenarnya buatan insan diri-sendiri adalah unsur paling merbahaya yang boleh merosakkan perpaduan Negara kita ini.
Perlembagaan persekutuan Malaysia menjamin setiap etnik mempunyai kuasa bebas berbahasa,beragama dan berkepercayaan. Tidak wujud pilih mata!
Bergaris panduan undang-undang Negara kita setiap warga Negara kita mustahak menghormati bahasa,budaya,agama dan kepercayaan sesuatu etnik. Dan bertanggungjawab perkara ini dikekal, dipelihara dan diperkembangkan. Sama setarafnya sesuatu etnik berhak memilih mengajar dan belajar bahasa ibundanya. Bahasa adalah jiwa bangsa! Tidak diizinkan berlakunya kerosakan dan kepincangan oleh sesiapa yang sengaja berniat jahat. Oleh itu kita bersifat-sifat toleransi adalah diperlukan dan mengetepikan pemikiran ekekstremis atau fahaman perkauman yang disangka boleh melakukan perbuatan menindas, mengkeji,dan membenci sehingga berniat jahat untuk memusnahkan bahasa, budaya dan kepercayaan sesuatu bangsa.
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termaktub deklarasi hak asasi kemanusiaan dan Unit pelajaran dan pendidikan di bawah kawalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini mengesyorkan cadangan pelbagaian bahasa dan budaya berlaku di seantero dunia ini termasuk belajar bahasa ibunda. Dalam cuaca antarabangsa yang begitu hangat ini kenapakah sistem pendidikan dan pelajaran dalam Negara kita masih beku, dangkal dan sempit dengan melaksanakan konsep dan dasar-dasar asimiasi. Kenapa dasar membahasa-melayukan kepada semua aliran sekolah-sekolah baik dalam sekolah jenis kebangsaan atau sekolah bukan jenis kebangsaan masih dijalankan. Ini bukankah akan melemahkan bahasa dan budaya etnik lain sehingga dihapuskannya. Perbuatan ini telah menyangkal dengan dasar-dasar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan akan menimbulkan masalah dalam perpaduan di antara pelbagai etnik dalam masyarakat kita.
Kerajaan Sarawak digesa mengutamakan kepentingan rakyat Sarawak dan harus menuntut balik hak autoriti bagi pendidikan dan pelajaran di Sarawak
Parti Bumi Kenyalang menyeru dan menggesa kepada kerajaan persekutuan Malaysia mengutamakan kepentingan dan kebaikan rakyat Sarawak dengan secara berfikir terbuka dan menjalankan dasar-dasar pendidikan dan pelajaran yang adil dan saksama supaya tidak merosakkan hubungan yang berharmonis di antara kerajaan Sarawak dengan kerajaan persekutuan Malaysia. Parti Bumi Kenyalang juga menyeru dan menggesa Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan ketua menteri Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Setam mengambil tindakan tegas untuk menuntut balik hak autoriti dalam bidang pelajaran dan pendidikan selanjutnya membentukkan sistem pelajaran dan pendidikan Sarawak diri-sendiri, mengeluarkan buku-buku teks yang sesuai dengan pembangunan dan perkembangan di bidang pelajaran dan pendidikan dalam Sarawak.
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan daripada pihak setiausaha Parti Bumi Kenyalang
( yang bertarikh 14hb Sept. 2016 )