Dahsyat! Dibunuh! Encik Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong Seorang Aktivis Sosial dan Politik
Berita dahsyat dari Miri diumumkan bahawa Encik Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong Setiausaha Pakatan Rakyat cawangan Miri dan juga setiausaha Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) dibunuh. Perbuatan keganasan ini memang keji dan bacul, patut dikutuk. Tidak boleh diampuni! Kerana kepentingan diri-sendiri hilang akal langsung tidak peduli kemanusiaan! Kami Parti Bumi Kenyalang menggesa Pihak Polis dalam kes ini dengan secepat mungkin menyiasat siapakah pembunuh dan menangkapnya.
Kami Parti Bumi Kenyalang bersedih dan menyampaikan takziah kepada keluarga Mendiang Encik Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong.
Encik Bill Kayong Teladan Baik kita –bersemangat Berkhidmat Untuk Rakyat
Sebelum ini mendiang Encik Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong bergiat dalam pergerakan politik untuk mempertahankan kepentingan rakyat. Mendiang, Setiausaha Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) pernah menjadi calon wakil PKR berdiri di Bekenu dalm pilihan raya dewan undangan negeri Sarawak kebelakangan ini. Mendiang juga bergiat dalam pergerakan anti projek empangan Baram,kegiatan S4S, khasnya dalam perjuangan mempertahankan hak tanah NCR. Penyumbangan Mendiang untuk rakyat khasnya dalam kes mempertahankan hak tanah NCR boleh disangjung dan diteladani. Kami Parti Bumi Kenyalang memberi hormat setinggi-tingginya kepada Mendiang encik Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong.
Biar Sesat Di hujung Jalan Balik ke Pangkalnya Masih Sempat Masanya
Mengimbau beberapa tahun ini kes jenayah seperti membunuh,merompak,menculik, meragut dan sebagainya tidak berhenti berlaku di negeri Sarawak. Boleh dikata kedudukan keselamatan masyarakat umum di Negeri Sarawak telah sampai ke tahap ancaman merbahaya. Namun demikian nampaknya tidak berapa diendahnya pihak terbabit atau jabatan-jabatan terbabit . Parti Bumi Kenyalang menyeru Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Sarawak mengambil perhatian serius tentang perkara ini dan menggesa Jabatan-jabatan terbabit menjalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh, membuat lebih banyak kerja-kerja kebajikan supaya rakyat hidup dalam suasana aman dan damai. Bukan membuang banyak masa dan tenaga supaya membuat macam-macam taktik untuk mengacau,mengugut dan menyakiti parti pembangkang, aktivis sosial, aktivis-aktivis dari NGO yang tidak bersafahaman dengan kerajaan. Sehingga boleh membiarkan kes jenayah sering berlaku di mana-mana pun tidak dirasainya. Akhirnya mungkin perbuatan mereka mengakibatkan suatu hasilan bak kata umum buatkan hutan rimba untuk menghalau pipit. Sial-sial saja.
Pihak polis perlu ambil tindakan dengan serta-merta memburu pembunuh! Berikan keadilan kepada Mendiang Encik Mohd. Hasbie Abdullah @ Bill Kayong.
Parti Bumi Kenyalang menyokong pihak terbabit menubuhkan satu pasukan khas untuk menyasiat kes pembunuhan ini. Menangkap penganas dan dalangnya supaya didakwa ke mahkamah. Selanjutnya memberi kebenaran dan keadilan kepada Si mendiang dan keluarganya.
Parti Bumi Kenyalang menanggap bahawa kita perlu menjelmakan kesedihan kita kepada kekuasaan dan kekuatan, untuk menyedarkan seluruh rakyat jelata supaya bersatu-padu berjuang untuk mempertahankan kepentingan dan kebajikan kita.
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan daripada Parti Bumi Kenyalang pada 24hb Jun 2016