PBK: mahu Sarawak kita ini menunggu 54 tahun lagi ?Kena bohong kah?

打印

Hasil carian imej untuk long boat transport to ulu sungai Hasil carian imej untuk parti bumi kenyalang (pbk)

 ...... Akan tetapi masih ada 40% penduduk-penduduk diam di kawasan yang memerlu kemudahan Infrastruktur yang asas. Agaknya mahu Sarawak kita ini menunggu 54 tahun lagi! Masuk Malaysia ada apa untungnya? Kena bohong kah? Silalah Menteri-menteri, YB-YB, tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudari di negeri Sarawak pejam matamu fikirlah kenapa begitu?

 

Hasil carian imej untuk long boat transport to ulu sungai

Hasil carian imej untuk parti bumi kenyalang (pbk)

 

 

Keperluan Diutamakan Dlm. Pembentukan Syarikat Air-Line Negeri Sarawak

( Kenyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang Sarawak Cawangan Lanang Sibu )

 

Hak air-line adalah salah satu lambang utama menunjukkan hak autoriti ruang angkasa bagi sesebuah Negara. Di manakah hak autoriti Negeri kita? Jika Syarikat air-line Negara luar dibenarkan ditubuhkan, berniaga dan terbang kesana ke sini dengan sesuka hati di ruang angkasa negeri kita.

Tidak lama dahulu Ketua Menteri Sarawak kita Yang Berhormat Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan ingin membeli kapal terbang dan membentukkan syarikat air-line di negeri Sarawak kita diri-sendiri dan kita Parti Bumi Kenyalang dan rakyat Sarawak dengan sebulat suara menyokong usul ini. Kita ingin nampak sebuah syarikat air-line yang boleh menguntungkan segala lapisan golongan rakyat di negeriSarawak kita ini. Bukan kita ingin tenguk kompeni air-line the Lord (bangsawan) di negeri Sarawak kita. Apa sebabnya? Kita cuma mendengar Ketua Menteri bercakap sahaja tapi di manakah tindakannya? Bukankah hanya dengar bunyi guruh-gemuruh tapi manakah hujannya! 

Biarlah! Kita pantau sebelum atau selepas Hari Raya Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri akan datang DUA syarikat air-line luar negeri Sarawak ini mengambil sempatan sembelih anak-anak Sarawak kita ini. Lihatlah tambang perjalanan dari KL atau Johor Baharu ke Sibu single trip sahaja bukan trip ulang alik SUDAH MELEBIHI SATU RIBU Ringgit Malaysia! Kenapakah?

Kita kasihan nampak anak-anak bangsa Dayak di Sarawak khususnya di kawasan pendalaman bersusah-susah mencari penghidupan ke luar negeri untuk bahagia sekeluarga tetapi ada juga DUA syarikat air-line ini sanggup melihat keadaan susah ini dan tidak lari daripada menyembelihinya. Dengan menaikkan harga tambangnya dengan setinggi-tingginya!

Kita juga ingin tanya di manakah, ke manakah Menteri Pengangkutan dan PerjalananMalaysia kita? Kenapakah langsung tidak ada bunyi? Kalau masih pandai cakap, sila cakaplah! Janganlah diam-diam sahaja! Khususnya menteri-menteri tempatan, menteri-menteri daripada bangsa Dayak sanggup melihat anak-anak buah diri-sendiri menderita sengsara sapanjang hajatnya. Anak-anak kpg. Khasnya anak-anak bangsa Dayak di kawasan pendalaman tidak bernasib baik semacam menteri-menteri kita ke mana-mana pun jika nak memakai kapal terbang, OK! Keluar dari kantor berhawa sejuk saja diperuntukkan air tiket 1st kelas. Tapi sila menteri-menteri kita fahamlah siapa tanggung tambang anda? bukankah rakyat jelata ini perlu GST! Ingatlah tambang air tiket 1st kelas ini bukan cubit dari dompet anda sendiri. Kerana anda dapati air tiket ini daripada kerajaan melalui rakyat membayar cukai GST. Jadi apa salahnya jika anda menolong anak-anak kpg. Anda, bangsa anda menuntut kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia bersabit dengan tajuk “ Kenapakah setiap kali menaiki kapal terbang perlu membayar tambang air tiket begitu mahal? Kenapakah tidak boleh serahkan hak autoriti ruang angkasa kepada negeriSarawak?” 

Apatah lagi menteri-menteri Negara kita tidak berhenti bersungut-sungut dan mendesak syarikat-syarikat bus, syarikat-syarikat kapal laut ekspres tidak boleh meninggi lagi tambang-tambang mereka. Ini boleh disuspek orang bahawa menteri-menteri kita hanya pandai makan kompeni-kompeni kecil melainkan tunduk palanya pekada kompeni besar yang berkuasa itu.

Jika ingin menyelesaikan masalah ini kita mesti dengan cara menuntut balik hak autoriti ruang angkasa negeri kita dan membentukkan syarikat-syarikat dipunyai oleh negeri kita diri-sendiri bukan diimport. Dengan demikian memperuntukkan perkhidmatan baik dan tambang murah. Di samping itu negeri Sarawak boleh menimbang projek membuat kapal ekspres besar boleh membawa kenderaan-kenderaan dan penumpang-penumpang menyeberangi laut berulang-alik dari negeriSarawak ke Semenanjung Tanah Melayu. Kerana dijangka sekurang-kurangnya ada 115 ribu orang Sarawak khususnya bangsa Dayak bekerja di Semenanjung Tanah Melayu dan di Singapura. Ini bukan satu bilangan kecil ia telah memperuntukkan suatu pasaran besar kepada Kerajaan Negeri Sarawak atau syarikat-syarikat yang berhasrat itu.

Parti Bumi Kenyalang berharap Kerajaan Negeri Sarawak boleh timbang kedua-dua projek ini yang boleh meringankan bebanan rakyat Sarawak khususnya penduduk-penduduk dari kawasan pendalaman yang bekerja di luar negeri. Di samping itu boleh juga memajukan perusahaan pelancongan.

Menjelang Hari Raya Gawai Dayak konvoi Parti Bumi Kenyalang ke suatu RH. Panjang tetapi terbuntut di tengah jalan. Terpaksa memakai perahu panjang baru sampai ke RH. Panjang tersebut. Malahan lagi sungguh hairan mereka tidak ada bekalan air paip yang bersih itu, walau pun ada bekalan elektrik tetapi bukan dibekalkan oleh Kerajaan melainkan bekalan dari ejin pembelian RH.Panjang diri-sendiri. Rombongan kami diberi-tahu oleh Tuai RH. Bahawa menyusur sungai ini lebih kurang ada 100 pintu RH.Panjang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. Kenapa begitu? Yang berhormat masih dari bangsa kita bukan orang lain, lagi pun dia bukan YB. biasa, dia memegang jawatan tinggi dlm. kerajaan Negeri Sarawakkononnya Jawatan Mneteri. Tidak tahu dia buat apa?

Parti Bumi Kenyalang ingin menyatakan bahawa “ penduduk-penduduk di RH. Panjang sini berrasa sungguh malang dan kecewanya, nampak pimpinan kita orang Iban begitu self-ish ”. Patutlah rombongan Parti PBK kita sampai ke pangkalan bertemu berpuluh-puluh Long boat bersusun di sana. Kanak-kanak, rang tua-tua dan muda-mudi menunggu di pangkalan untuk menumpang long boat balik ke RH. Panjai masing-masing. Parti kita Parti Bumi Kenyalang di sini mempersilakan menteri-menteri dan Yang berhormat keluar dari kantor berhawa sejuk bersama-sama berhari raya Gawai Dayak ke RH. Panjai sini dan boleh merasa dan menyaksikan diri-sendiri bagaimanakah susah dan bahayanya sewaktu mereka ingin balik dan berhari raya di RH. Panjai.

Rombongan Parti PBK juga diberi-tahu oleh penduduk-penduduk RH. Panjai bahawa bukan sahaja kawasan kita sini ada lebihi 100 pintu RH. Panjai, nanum di Sarawak beribu-ribu RH. Panjai sama seperti RH. Panjai kami tidak mempunyai jalan utk. kenderaan sampai ke RH. Panjai, tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

 

Parti Bumi Kenyalang kita berasa sungguh hairan dan kecewa sudah 54 tahun masuk Malaysia dan rakyat Malaysia khususnya penduduk-penduduk di kawasan terpencil dan kawasan pendalaman masih mengalami begitu sengsara dan susah paya. Malahan sumber hutan rimba seperti kayu balak ditebang hampir habis, galian bumi, minyak petrol diteroka oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia dengan sesuka hati. Akan tetapi masih ada 40% penduduk-penduduk diam di kawasan yang memerlu kemudahan Infrastruktur yang asas. Agaknya mahu Sarawak kita ini menunggu 54 tahun lagi! MasukMalaysia ada apa untungnya? Kena bohongkah? Silalah Menteri-menteri, YB-YB, tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudari di negeri Sarawak pejam matamu fikirlah kenapa begitu?

Sekian dan terima kasih.

 

 

Kenyataan daripada Parti Bumi Kenyalang Sarawak Cawangan Lanang Sibu              ( yang bertarikh 8hb Jun 2017)