Parti Bumi Kenyalang bertabah hati berjuang bersama dengan parti-parti, badanan atau perseorangan yang bercita-cita dan bersefahaman dengan parti kita untuk mendirikan sebuah kerajaan yang betul-betul dipilih oleh rakyat Sarawak. Dan Parti kita yakin rakyat Sarawak berkemampuan dan kepandaian untuk mengelolaan kerajaan kita.
Kenyataan Penutupan Persidangan
Tahunan 2017 Parti PBK
Parti PBK ditubuhkan oleh orang-orang daripada pelbagai golongan dan bangsa. Parti kita bermaksud akan dengan sebulat suara dan sehati berjuang untuk menunaikan cita-cita Sarawakians. Parti kita berjuang di sisi undang-undang dengan memelihara dan mempertahankan hak-hak kepunyaan Sarawak dan Sabah yang termaktub dlm. MA63. dan akhirnya dengan cara mengundi memutuskan nasib Sarawak diri-sendiri.
Sungguh mengecewakan dan menggelikan segala lapisan orang-orang Sarawak khususnya golongan cendekiawan dan pakar-pakar telah hilang amanah terhadap Kerajaan Persekutuan Malaysia. Kerana Kerajaan Persekutuan Malaysia telah merebut dan menculik hak-hak kepunyaan Sarawak melalui cara kekerasan pindakan dan memputar-belitkan Perlembagaan Malaysia. Terpaksa MA63 yang disetujui dan ditanda-tangani oleh 5 pihak iaitu United Kingdom, Persekutuan Tanah Malaya, Singapura, Sarawak dan North Borneo (Sabah) telah hilang mutu sebenarnya. Kini telah menjadi jajahan taklukan kpd. Kerajaan Persekutuan Tanah Malaya.
Merenung dengan tenang! Macam mana Negeri Sarawak kita ini? Bukankah hasilan hutan rimba, galian, bahan-bahan semula-jadi seperti kayu balak, arang batu, tembaga, emas, gas dan minyak mentah petrol kesemua ini direbur dan dicuri oleh pihak luar Sarawak dan Sarawak telah menjadi “Negeri pasaran kpd, Kerajaan Persekutuan Malaysia” seperti jenis-jenis kenderaan, alat-alat elektrik, barang-barangan makanan dan barang-barang kegunaan harian yang buatan daripada Semenanjung Persekutuan Tanah Malaya semua dihantar ke “Negeri Pasaran” ini. Inilah sama gaya dengan Kerajaan koloni semasa negeri kita dijajah oleh British. Namun macam manakah Negeri kita boleh digelar merdeka? Kenapa pandai begitu? Betullah! Macam pemimpin-pemimpin perjuang pembebasan di Sarawak pada abad yang lepas tahun enam puluhan berkata: “ Malaysia ini ialah Neocolonialism”.
Di negeri Sarawak bahan-bahan mentah,galian dan gas direbut, kehilangan bebas berniaga dan berdagang, tiada hak kewangan diri-sendiri kesemua ini dinomopoli oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Malaya. Pedagang dan perniaga lokal hanya boleh menjalankan perniagaan “second Hand atau Third Hand”. Bidang penerbangan diperas, bidang kebudayaan dan pendidikan dijahil, komunikasi dimonopoli dan sediakan perkhidmatan mutu rendah dan mahal harganya, kuasa lautan dibahagi, pembangunan dan perkhidmatan infrastruktur kurang dan bermutu rendah, bangunan dan jalanan tidak berstandard dimana-mana pun boleh berjumpa, kpg-kpg.di luar Bandar tiada bekalan elektrik dan air paip sudah biasa, jalan dan tali kommunikasi tidak sampai ke kpg. Pendalaman, sehingga lebih teruk lagi penduduk-penduduk tidak berkad IC. Kesemua tersebut di atas menunjukkan tidak macam sebuah Negara merdeka langsung tiada hak-hak asasi. Kini cuma tinggal hak imigrasi pada kita, ini bermakna orang-orang di semenanjung Persekutuan Tanah Malaya tidak dibenarkan masuk kecuali berpasport. Dan satu hal lagi masih tinggal pada kami iaitu tiap-tiap tahun bersusah-susah menunggu wang peruntukan daripada kerajaan persekutuan BN dan ringgit bantuan satu Malaysia. Inikah keuntungan masuk Malaysia?
Keturunan kita tidak sabar lagi, tidak sudi duduk menunggu sahaja, cucuk-cicit kita tidak ingin tenguk diperabdikan dan dijahilkan lagi, mereka mahu bertindak untuk menuntut balik apa yang telah hilang. Janganlah kita berharap dan menyerah nasib kita kpd. Parti-parti yang disifatkan parti berkhidmat untuk rakyat sepeti Parti-parti dlm. BN. Sudah lima puluh tahun dlm.BN semakin lama semakin hilang hak-hak kita sendiri. Kini hanya satu jalan bagi kita semua Sarawakians tidak kira mereka datang daripada apa bangsa, agama atau kumpulan mesti bersatu-padu untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk menuntut balik apa yang telah hilang.
Parti PBK bersiap-sedia dan sudi berjuang bersama-sama dengan parti-parti, badanan, atau individu-individu yang memegang konsep autonomi, berkerajaan diri-sendiri dan penentuan nasib diri-sendiri itu untuk menumbangkan kerajaan BNUMNO yang rasuah, boros dan menyelewengkan kuasa dan mendirikan sebuah kerajaan yang benar-benar dipegang dlm. tangan rakyat.
Matlamat parti kita
1 Kuasa pengelolaan kpd. semua bahan-bahan alam semulajadi termasuk minyak petrol dan gas dan kuasa pengelolaan kawasan lautan di luar 3 batu nautika terpulang kpd.kerajaan rakyat.
2 Pulangkan kuasa penentuan diri-sendiri dlm. bidang pendidikan, pelajaran dan kebudayaan kpd. Kerajaan rakyat Sarawak, pelajaran sejarah dan geografi ditulis dan disusun oleh pakar-pakar Sarawakians, semua sekolah rendah yang beraliran bahasa ibunda masuk dlm. aliran pendiddikan yang utama, berhak menentukan menggunakan jenis bahasa sebagai bahasa pengantaraan, bersistematik memperuntukkan wang peruntukan kpd. Semua jenis sekolah termasuk juga sekolah menengah tionghua private.
3 Pulangkan hak kewangan kpd. Sarawak, semua Tax daripada peneroka bahan-bahan alam semulajadi dan Tax pendapatan pulang kpd. Jabatan kewangan Sarawak dan segala kuasa termasuk pengelolaan, perancangan dan pembangunan pulang kpd. Tangan Sarawakians.
4 Pulangkan hak perjalanan dan pengangkutan kpd. Sarawak, menubuhkan syarikat pengangkutan udara Sarawak dan Sabah diri-sendiri dengan memperuntukkan kemudahan dan perkhidmatan yang murah kpd. Penumpang-penumpang yang berulang-alik Malaysia timur/Malaysia Barat atau Singapura. Mendirikan kompeni perjalanan dan pengangkutan laut untuk kemudahan pekerja-pekerja atau pelajar-pelajar berulang-alik di antara Singapura dengan Sabah dan Sarawak dengan tambang yang sepatutnya.
5 Pulangkan hak j. finance dan perniagaan dan perdagangan kpd. Sarawak, mendirikan bank dan institusi finance tempatan untuk perkhidmatan dan kemudahan kpd. pedagang, perniaga, pekebun dan petani. Hak pelabuhan/port-autority, perniaga atau pedagang lokal berhak berniaga dengan luar Negara dengan secara langsung, hak ejen perniagaan dan perdagangan pulang kpd. syarikat atau orang tempatan, tidak dibenarkan syarikat dari semenanjung Tanah Malaya jadi ejen di Sarawak.
6 Pulangkan hak telekom dan kommunikasi kpd. Sarawak, berhak mendirikan RTM lokal dengan menyiarkan berita lokal dan tayangkan filem yang diminat lokal, mengadakan intenet untuk perkhidmatan dan kemudahan dengan bermutu tinggi dan kos penggunaan rendah.
7. Harus menjamin negeri Sarawak berhak autonomi agama, pastikan pelbagai bangsa bebas beragama dan berkepercayaan.
8. Kerajaan Persekutuan Malaysia dan kerajaan Sarawak tidak dibenarkan kontrak projek di negeri Sarawak kecuali projek berkaitan dengan strategi Negara.
9. Semasa pembentukan Malaysia, pesuruhanjaya khas ini telah memputar-belitkan cita-cita pendudduk Sarawak dengan cara penipuan dan paksaan mengabungkan Sabah dan Sarawak dlm. projek Malaysia. Tidak memberikan cukup masa dan peluang kpd. Rakyat Sabah dan Sarawak untuk menentukan nasib diri-sendiri sama ada mahu atau tidak masuk Malaysia dan ini telah bertentangan dengan hak asasi manusia yang termaktub dlm. piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu. Parti PBK bertabah hati berjuang bersama dengan parti-parti, badanan atau perseorangan yang bercita-cita dan bersefahaman dengan parti kita untuk mendirikan sebuah kerajaan yang betul-betul dipilih oleh rakyat Sarawak. Dan Parti kita yakin rakyat Sarawak berkemampuan dan kepandaian untuk mengelolaan kerajaan kita.
Sekian.
(Kenyataan daripada penutupan persidangan tahunan 2017 Parti PBK)
Yang bertarikh 26hb Mac. 2017