
Parti Bumi Kenyalang juga berpendapat bahawa sebarang projek gajah seperti projek Bakun, jika kerana berlakunya penyelewengan kuasa mengakibatkan wang peruntukan tidak mencukupi dan kontraktor bankrap dlm. tempuh kontrak, kita berhak menuntut ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mengesyorkan cadangan mengkaji dan menyemakkan semula lagi di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Menyemak dan Mengkaji Semula Pembelian Empagan Hidroelektrik Projek Bakun
( Kenyataan Parti PBK Pada 13hb Mac 2017 )
Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abg. Johari Tun Abg. Openg mengumumkan bahawa kerajaan Sarawak telah mengambil-alih Empangan Hidroelektrik Projek Bakun dengan harga 2.5 billion ringgit Malaysia pada 8hb Mac. 2017. Parti PBK menganggap Ketua Menteri Sarawak dan Kabinet Sarawak berkewajipan memberi keterangan dengan telus terhadap tiga soalan yang ditanyakan oleh YB Chong Jien Zen daripada DAP berkenaan dengan pembelian Empangan Hidroelektrik Projek Bakun oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Senarnya Kerajaan Negeri Sarawak telah menawarkan dengan harga yang paling tinggi sebanyak 8.5 billion ringgit Malaysia (ini tidak termasuk laba) kepada Syarikat Sarawak Tenaga Hidroelektrik Sdn. Bhd.(H.S.B.) kerana menurut laporan akaun kunci kira-kira syarikat ini pada 31hb Disember 2015 Aset bersih syarikat ini hanya 1.5 billion ringgit Malaysia sahaja campur akaun hutang sebanyak 6 billion ringgit Malaysia yang perlu ditanggung, jadi bagi Syarikat ini semua Aset dan akaun hutangnya baru 7.5 billion ringgit Malaysia saja. Akan tetapi kerajaan Negeri Sarawak perlu bayar tambahan 1 billion ringgit Malaysia yang tidak tahu datang dari mana jika mengikut kiraan kenyataan Ketua Menteri Sarawak. Harga pembelian ini langsung bukan “apa yang dikatakan Kerajaan Persekutuan telah memberi banyak tolak ansur kepada Negeri Sarawak” melainkan Kerajaan Negeri Sarawak telah melutut kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia. Di samping itu Kenapakah Kerajaan Negeri Sarawak mahu memperuntukkan terlalu banyak wang untuk membeli balik sumber tenaga yang asalnya kepunyaan Negeri Sarawak? Memberi banyak ganti-rugi (1 billion ringgit Malaysia) untuk membeli balik Aset yang asalnya kepunyaan Negeri kita sendiri. Ini boleh dikatakankah pengambilan balik hak autonomi Sarawak? Lagi pun “pembelian” ini bukan membawa apa-apa keuntungan bagi rakyat Sarawak, sebenarnya Kerajaan Negeri Sarawak telah mengeluarkan wang simpanan kita sendiri untuk menjelaskan defisit kewangan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Siapa akan menanggung bebanan yang bagitu berat ini? Tetap terpulang kepada rakyat Sarawak khususnya pengguna-pengguna tenaga pembekalan elektrik dari SESCO bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Malaya atau pengguna-pengguna tenaga elektrik di Persekutuan Tanah Malaya.
Pada hakikatnya Projek Pembekalan Hidroelektrik seperti Projek Pembekalan Hidroelektrik Projek Empangan Bakun boleh membekalkan elektrik murah harganya kepada pengguna-pengguna tetapi projek Bakun ini dari tahun 1996 hingga tahun 2014 telah membuang masa terlalu panjang selama 14 tahun baru siap. Di tengah tempuh masa pembinaan berapakah Kontraktor ditukar dan projek terkandas, kemudian bersambung lagi. Kos pembinaan 7.4 billion ringgit Malaysia sudah habis belanja tidak mencukupi meminjam lagi daripada KWSP dan Lembaga Dana Pencen sebanyak 5.75 billion ringgit Malaysia dan laba daripada pinjaman harian 33 ribu ringgit Malaysia perlu dibayar. Kesemua ini telah menunjukkan kelemahan ini yang perlu ditanggung oleh negeri Sarawak ini.
Projek Hidroelektrik Empangan Bakun dikatakan boleh membekalkan 2400 trillion KWH elektriknya tetapi cuma menghasilkan 180 billion KWH sahaja. Sungguh pelik Sarawak dikatakan satu Negeri yang mempunyai paling banyak Projek Empangan Hidroelektrik dan membekalkan tenaga elektrik paling banyak dlm. Malaysia tapi jangan lupa kos bayaran tenaga elektrik bagi pengguna adalah paling tinggi dlm. Malaysia dan sungguh menggelikan ada 30% penduduk-penduduk di Negeri Sarawak masih tidak dibekalkan kemudahan tenaga elektrik, mereka masih hidup dalam keadaan kesusahan kerana tanpa pembekalan kemudahan tenaga elektrik.
Jika menurut logik terbina empangan hidroelektrik boleh kurangkan berlaku arus terkejut datang dari kawasan bukit-bukau tetapi projek Empangan Hidroelektrik Bakun sudah siap namun di kawasan hilir Sg. Batang Rajang seperti di Bandar Sibu tidak kurang daripada biasa dilanda kemalangan banjir khususnya lebih teruk lagi pada musim hujan.
Likungan perairan Projek Empangan Bakun luasnya sesama dengan pulau Singapura telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 ribu orang penduduk-penduduk asal yang turun-temurun hidup bergantung pada hutan rimba dan sumber alam semulajadi di situ, kini terpaksa dipindah dari kawasan tersebut dan tidak menerima ganti-rugi atau ganjaran yang sewajarnya. Lagi pun tanpa memperuntukkan peluang pekerjaan kepada mereka yang perlu dan berharap dibantu oleh kerajaan kita. Pembinaan projek empangan hidroelektrik Bakun terpaksa kebudayaan tradisi yang hidup bergantung pada hutan-rimba menuju ke arah binasa.
Ahli geologi pernah menyatakan bahawa lapisan batu-batan di bawah tanah mungkin tidak cukup kuat untuk menanggung tekanan daripada pengaliran arus akan mengakibatkan pecah lapisan batu-batan dan oleh itu berlaku gempa bumi dan seterusnya mengubah cuaca alam ini. Kita perlu mengingati Kerajaan Negeri kita ini harus meningkatkan kesedaran mereka untuk membuat persediaan dan pencegahan kemalangan mungkin berlaku pada jangka masa akan datang. Projek Bakun juga membekalkan tenaga elektrik kepada koridor Perindustrian Similajau, selaras dengan pekembangan dan pembangunan perindustrian gas karbondioxid akan mencemarkan kebersihan udara dan selanjutnya membahayakan kesihatan manusia. Nampaknya Projek Empangan Hidroelektrik membawa keburukan lebih daripada kebaikan kepada manusia.
Perlu diingatkan di sini koridor tenaga Sarawak (Score) sedang merancang akan membina 12 buah projek empangan hidroelektrik lagi dlm.jangka tahun 2020. Ini sungguh pelik difahami! apa mahu begitu banyak? Jika dijaga dengan baik satu Bakun udah cukup menikmatinya. Projek gajah bukan membawa keuntungan kepada rakyat semua, ia hanya pandai mencipta lebih banyak billion A sahaja seperti Sarawak Cable Bhd.
Oleh itu Parti PBK menganggap bahawa Projek Empangan Hidroelektrik tidak perlu terlalu banyak cukup kegunaan cukuplah! Ia munkin membawa binasa terhadap manusia jika tidak dijaga dengan baik dan rapi. Umur penggunaan boleh di lanjut dlm.20-50 tahun selepas ini perlu dimusnahkan jika tidak akan membahayakan, seperti bom ditetap pada jangka masa tertentu. Oleh yang demikian Parti PBK berpendapat bahawa jika nak membina Projek Empangan HIdroelektrik lagi mesti mengikut rancangan boleh disiap dlm. tempuh masa yang ditetapkan dan tak perlu banyak. Dan menjaminkan kos pembinaan tidak melebihi terlalu banyak dlm. kos rancangan dan membawa kebaikan dan keuntungan kepada Negeri dan rakyat kita. Manakala boleh menjaga keselamatan negeri,jiwa manusia dan alam sekitar.
Parti PBK juga berpendapat bahawa sebarang projek gajah seperti projek Bakun, jika kerana berlakunya penyelewengan kuasa mengakibatkan wang peruntukan tidak mencukupi dan kontraktor bankrap dlm. tempuh kontrak, kita berhak menuntut ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mengesyorkan cadangan mengkaji dan menyemakkan semula lagi di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Sekian dan terima kasih!
Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Bumi Kenyalang Sarawak
( yang bertarikh 13hb Mac. 2017 )