Parti Bumi Kenyalang di sini berpendapat tegar bahawa Kerajaan Sarawak atau Kerajaan Sabah haras mempunyai hak autonomi dalam bidang kewangan dan fiskal. Biarlah kita berhak membahagi wang peruntukan kita dalam perkembangan dan pembangunan eknomi negeri kita ini. Kenapa mahu tenguk muka orang lain?
Kerajaan Sarawak Harus Mempunuai Hak Autonomi Dalam Bidang Kewangan dan Fiskal
Bagaumanakah Wang Peruntukan Bagi Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo
Gembira dan Kejutan orang Sarawak kerana sebelum pilihan raya dewan undangan negeri Sarawak tahun 2013 Perdana Menteri Malaysia telah mungumumkan kepada masyarakat umum akan tetap memperuntukkan wang peruntukan sebanyak 27 billion ringgit untuk projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. Selepas ini beliau masih terus-menerus membuat pelbagai propaganda lagi untuk meyakinkan pengundi kepada Kerajaan BN- UMNO.
Baik sekali pada awal tahun 2016 nampaknya projek tersebut ini telah mulai dilaksanakan.Kita masih tidak lupa dalam peringatan kita selepas Pilihan Raya Dewan Undangan Negeru Sarawak pada awal tahun 2016 ketua menteri Sarawak kita Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata beliau berasa sungguh kecewa dan sakit hati kerana Kerajaan Persekutuan tidak memperuntukkan wang peruntukan khas dalam Bajet untuk Projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo melainkan wang peruntukan ini telah dikira dalam Bajet jumlah wang peruntukan kepada Negeri Sarawak. Ini bermakna Kerajaan Persekutuan langsung tidak memperuntukkan wang walau SATU SEN pun tiada kepada Negeri kita ketika beliau berucap dalam majlis bertemu dengan wartawan daripada surat akhabar tempatan.
Kini Projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo telah mula bergendangnya. Dengarlah macam mana bunyi gendangan mereka.
Oh! Hebat nobatnya. Nadi irama pun. Kononnya nak menubuhkan satu autoriti pengelolaan, dinamakan Syarikat Berhad Pengelolaan Lebuh Raya Pan Borneo. Siapakah dihad dan siapakah tiada berhad Maklumlah! Syer utamanya terdiri daripada kerabat Menteri Kerajaan Persekutuan dan kroni Kerajaan Persekutuan BNUMNO. Syarikat orang Sarawak dihad mengambil syer,cium bau saja. Syarikat Berhad ini nampaknya tidak berkemampuan dalam kewangan untuk menanggungkan projek tetapi Syarikat ini boleh menunggu wang peruntukan sejumlah 16.5 billion ringgit diperuntukkan kepada syarikat ini pada peringkat pertama projek itu dijalankan. Kemudian Sub-Kontrak kepada Lapan syarikat lokal (tempatan), di sini kita fikir siapakah akan mengeluarkan duit untuk menjalankan projek ini? Maklumlah Lapan Sub-Kontraktor ini tidak dapat lari daripada tanggung-jawapnya. Siapa akan beruntung Lapan Sub-kontraktor ini belum tahu! Tapi Syarikat Ali Baba ini boleh tidak turun padang pun beruntung kerana makan komisen daripada 16.5 billion ringgit ini sudah cukup.
Kerana sekurang-lurang nak tunggu 4-5 tahun baru siap projek ini maka Lapan Sub-Kontraktor ini mungkin baru boleh menerima wang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tapi waktu ini sudah lepas pilihan raya Negara ke-14 En. Nazib Razak masih menjadi Perdana Menteri Malaysiakah belum tentu, Siapa boleh berjanji wang peruntukan ini kerana bukan dalam Bajet. Lagi pun Negara kita terlalu berharap pendapatan daripada minyak petrol dan gas petroleum, dan pada masa ini mungkin Negara kita akan mengalami ekonomi merosot. Hujungnya ada kemungkinan 8 Sub-kontraktor ini masing-masing dengan cara kutip wang harian daripada setesyen laluan perjalanan untuk menambung kerugian mereka.
Kerajaan negeri Sarawak harus berhak autonomi kewangan dan fiskal
Tidak kira harga minyak petrol turun naik atau kutipan harian daripada setesyen laluan perjalanan banyak atau kurang, wang peruntukan untuk perbelanjaan Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo nampaknya mesti ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak diri sendiri. Kerana kerajaan Persekutuan tidak ada hati mahu menanggung perbelanjaan ini.
Jika Kerajaan Negeri Sarawak dan mana-mana kumpulan kewangan di Sarawak pun berkemampuan untuk menjalankan projek membina lebuh raya dengan cara diri-sendiri, tidak perlu berharap Kerajaan Persekutuan jadi kenapakah Sarawak kita mahu serahkan cukai berpuluh-puluh billion kepada Kerajaan Persekutuan? Bolehkah Kerajaan Negeri Sarawak kita simpan wang ini untuk penggunaan di negeri Sarawak kita diri-sendiri? Jika berbanding dengan kedudukan di Senenanjung Tanah Malaya Kerajaan Persekutuan BN-UMNO boleh mejalankan apa-apa projek yang diingini umpamanya Projek MRT dan projek pembinaan landasan keretapi di pantai timur Senenanjung Tanah Malaya. Wang peruntukan bukan sedikit melainkan perlu memakan wang berpuluh-puluh billion ringgit baru dapat siapkan projek ini dan kenapa ada wang banyak untuk projek ini melainkan Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tiada duit?
Oleh itu Parti Bumi Kenyalang di sini berpendapat tegar bahawa Kerajaan Sarawak atau Kerajaan Sabah haras mempunyai hak autonomi dalam bidang kewangan dan fiskal. Biarlah kita berhak membahagi wang peruntukan kita dalam perkembangan dan pembangunan eknomi negeri kita ini. Kenapa mahu tenguk muka orang lain?
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan Daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang
(yang bertarikh 28hb Disember 2016)