Mempertahankan HakTanah NCR Membantah Pengadilan Tak Adil Mahkamah Tinggi Persekutuan

打印

Image result for parti bumi kenyalang

Parti Bumi Kenyalang  merayu dan menggesa Ketua Memteri Sarawak Datuk Patinggi Adenan Satem dan kerajaan negeri Sarawak mengambil perhatian usul-usul daripada Jawatan Kuasa Tindakan Baram (BPAC) khususnya waktu suatu perkara persengketaan tanah berlaku boleh menghormati dan mengambil-berat akan faktanya dan mengambil tidakan munasabah dengan serta-merta demi kepentingan dan kebaikan etnik bumi asal ini boleh dipertahankan dan diperliharakan.

 

Image result for parti bumi kenyalang

 

 

Mempertahankan HakTanah NCR Membantah Pengadilan Tak Adil Mahkamah Tinggi Persekutuan

 

(Kenyataan Parti Bumi Kenyalang )

 

Parti Bumi Kenyalang Sarawak menganggap bahawa mahkamah tinggi persekutuan mengadilkan keputusan pada 20hb Disember 2016 bahawa etnik Dayak tidak boleh memiliki atau mengguna hutan rimba asal atau tanah komuniti dengan alasan hak NCR. Keputusan ini memang tidak adil. Mahkamah tinggi persekutuan tidak menghormati dan timbang rasa adat resam dan peraturan-peraturan kepada etnik bumi putra khususnya etnik Dayak (termasuk kaum Iban, Bidayuh, Kayan, Kenya, Murut, Kelabit, Bisaya dan sebagainya). Menurut Perlembagaan Persekutuan etnik bumi putra diberi hak adat-resam dan peraturan-peraturan teroka kepada hutan rimba asal dan tanah komuniti yang dikuatkuasa di bawah perlembagaan ini.

 

   Menurut Piagam Bangsa-bangsa Bersatu Seksyen Hak Kemanusiaan Perkara Hak Adat-Resam Bangsa-bangsa Asal, deklarasi ini patut dihormati dan dipatuhi. Jika menganggap hak adat-resam tidak wujud dalam Kanun Tanah Sarawak seperti Pemakai Menoa dan Pulau Galau, ini sudah diputar-belitkan dan diabaikan wujudnya dan dianuti oleh

nenek-moyang kita turun-temurun sebelum Kanun Tanah Sarawak dibuat. Walau pun ia tidak wujud dalam Kanun Tanah Sarawak namun sekian lamanya ia telah menjadi model syabas metodologikal mengurus komuniti etnik bumi asal di negeri Sarawakyang telah diperhatian dan diperkenankan oleh institusi-institusi baik dalam atau di luar negeri kita dan daripada pelbagai etnik di Sarawak. Kita tidak boleh lari daripada atau boleh potong sejarah perwarisan model syabas metodologikal mengurus komuniti etnik bumi asal ini.

 

          Sebelum pendatang orang putih, orang Jepun dan pendatang juga dari Senenanjung Tanah Malaya etnik bumi asal (kini digelar etnik Dayak) sudah turun-temurun bebas atau meneroka hutan rimba untuk bercucuk tanam, berburu, merotan, hutan rimba diteroka itu dipandang hak milik diri-sendiri dan juga memungut hasil hutan rimba merupakan penghidupan etnik bumi asal ini. Sekiranya hilang perlindungan di sisi undang-undang terhadap hak adat-resam kepada tanah penerokaan, bebas aktiviti dalam hutan rimba asal, kawasan tanah komuniti atau tanah NCR maka hilanglah penghidupan mereka yang turun-temurun bergantung padanya.

 

         Parti Bumi Kenyalang Sarawak merasa sungguh kesal dan kecewa kerajaan persekutuan BN dan kerajaan BN Sarawak cuma komited pada mulut saja tidak mengambil tindakan sebenar dan tanpa pelindungan di sisi undang-undang untuk mempertahankan hak-hak adat-resam etnik bumi asal. Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kita boleh membiar berbidang-bidang kawasan hutan rimba dijual kepada kompeni kroni, kompeni bertali-barut dengan kerajaan atau kepada kompeni besar perusahaan penanaman kelapa sawit, melainkan tidak mengeluarkan surat Geran (title) kepada tuan tanah etnik bumi asal di Sarawak. Kalau ada pun sikit saja! 

 

         Pengadilan mahkamah tinggi persekutuan ini bermakna hak-hak kepunyaan etnik bumi asal atau kaum bumi putra di Sarawak akan direbut dan luput sedemikian. Kami Parti Bumi Kenyalang dan merayu semua rakyat akan bersama-sama dengan etnik bumi asal atau kaum bumi putra di Sarawak membantah keputusan pengadilan mahkamah tinggi persekutuan ini dan akan berusaha untuk mempertahankan dan memeliharakan kebaikan dan kepentingan etnik bumi asal atau kaum bumi putra di Sarawak.

 

         Di sini Parti Bumi Kenyalang bertegar menyokong 5 butir rayuan daripada Jawatan kuasa Tindakan Baram ( BPAC ) seperti berikut:

 

  1.Merayu menjalankan menyemak-kaji semula pelaksanaan perundangan, melantikkan peguam bela mengemukakan usul penyemak-kajian semula, dan melantikkan seorang hakim berasal daripada Negeri Sabah atau Sarawak menjawat ketua hakim di mahkamah.

  2.Merayu Kerajaan Sarawak dan ketua menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dengan sebulat suara menyokong usul menyemak-kaji semula prosedur pelaksanaan perbicaraan di mahkamah yang dikemukakan daripada peguam bela.

  3. Semua orang Dayak tak kira latar-belakang politik atau suku kaumnya mesti bersatu-padu untuk mempertahankan dan memeliharakan hak-hak adat-resam etnik bumi asal atau kaum bumi putra khususnya merangkumi hak tanah NCR, hak Pemakai Menoa dan hak Pulau Galau.

  4. Merayu dan menggesa Institusi-institusi perundangan khususnya Dewan Undangan Negeri Sarawak boleh pindakan akta berkenaan supaya merangkumi hak-hak adat-resan etnik bumi asal atau hak NCR di Sarawak seperti Pemakai Menoa dan Palau Galau dan berkuat-kuasa dengan serta-merta.

  5. Meraya dan menggesa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawakmembuat suatu akta yang boleh menghormati, mengaku dan melindungi hak-hak adat-resam etnik bumi asal khususnya hak tanah adat-resam etnik bumi asal (hak tanah NCR) dan peraturan-peraturan  melindungi lingkungan kawasan tanah adat-resam ini. 

 

Parti Bumi Kenyalang  merayu dan menggesa Ketua Memteri Sarawak Datuk Patinggi Adenan Satem dan kerajaan negeri Sarawak mengambil perhatian usul-usul daripada Jawatan Kuasa Tindakan Baram (BPAC) khususnya waktu suatu perkara persengketaan tanah berlaku boleh menghormati dan mengambil-berat akan faktanya dan mengambil tidakan munasabah dengan serta-merta demi kepentingan dan kebaikan etnik bumi asal ini boleh dipertahankan dan diperliharakan.

 

Sekian dan terima kasih. Salam bahagia dan sejahtera kepada semua pihak!

 

Kenyataan Daripad Setiausaha Parti Bumi Kenyalang

( yang bertarikh 6hb Januari 2017 )