PBK: Rakyat Sabah dan Sarawak menganggap bahawa kerajaan BN di negeri Sabah dan Sarawak jika ingin menjaga maruah dan imej Kerajaan kita sendiri, ingin mempertahankan dan memeliharakan hak-hak Sabah dan Sarawak haruslah mengusulkan dan luluskan usul tuntut balik hak autonomi yang asal pada Sabah dan Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak.
Mempertahankan dan Memeliharakan Hak Autonomi Dlm. Bidang Pelancongan Di Negeri Sarawak
( Kenyataan Daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang Sarawak)
Menteri budaya dan pelancongan Kerajaan Persekutuan Datuk Nazri Aziz mengumumkan Akta Pelancongan Malaysia akan berkuat-kuasa pada 1hb Julai 2017 telah membangkitkan Menteri Pelancongan, Art, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman Karim dan pihak perusahaan pelancongan tidak puas hati.
YB Datuk Abdul Rahman Karim berkata bahawa Kerajaan Persekutuan Malaysia selain daripada tidak memperuntukkan wang peruntukan kepada Negeri Sarawak dan mampu lagi dengan tidak menerima apa-apa keizinan dan pandangan daripada pihak kerajaan kami atau maklumkan kepada pihak kami maka Akta pelancongan itu akan berkuat-kuasa pada 1hb Julai 2017 dan berniat untuk memungut Tax daripada negeri Sarawak. Beliau menegaskan bahawa perbuatan ini memang tidak adil, tidak menghormati hak autonomi Negeri Sarawak dan bukan semangat Perjanjian Malaysia tahun 1963 (MA63). Beliau selanjutnya menggesa dan memohon supaya tempuh berkuat-kuasa Akta ini akan ditangguh sementara.
Kerana YB Datuk Abdul Rahman Karim tidak puas hati maka Menteri Pelancongan Persekutuan Malaysia Datuk Nazri Aziz angkara macam kera kena belacan sikap samseng, gangster dengan mengeluarkan perkataan-perkataan kurang sopan seperti Bodoh! Tak tahu nak berlagak! Muda! Setahun jagong saja! Seterusnya beliau meyakin Akta ini sudah diluluskan di ParlimenMalaysia mesti akan berkuat-kuasa pada 1hb Julai tahun ini. Beliau menegaskan bila masanya Akta ini berkuat-kuasa terpulang kepada Kerajaan Persekutuan bukan dlm. tangan kerajaan Negeri dan beliau sebagai Menteri Persekutuan memang berkuasa menjalankan tugasnya. Kerajaan Negeri tidak boleh menghalangnya!
Gelegak Datuk Nazri Aziz menampakkan ramai tokoh-tokoh politik daripada suatu parti begitu bermaharajalelanya! Kerana berkerusi majoriti dlm. Parlimen sepanjang masanya.
Gelegak Datuk Nazri Aziz begitu kasar dan bermaharajalela telah membangkitkan semua pihak baik daripada Parti-parti pembangkang dan parti-parti menyokong BN, mahu pun persatuan Hotel, Syarikat perusahan pelancongan, NGO dan masyarakat umum dengan sebulat suaranya membantah dan boikot Menteri budaya dan pelancongan Kerajaan Persekutuan Datuk Nazri Aziz dan Akta pelancongan ini.
Kerajaan Negeri Sarawak memgumumkan Kerajaan Negeri Sarawak boikot pun Akta Pelancongan, boikot Mneteri budaya dan pelancongan Kerajaan Persekutuan Malaysia Datuk Nazri Aziz dan panggil balik wakilnya di Lembaga pelancongan.
Menurut pengerusi Lembaga Pelancongan Datuk Abdul Wahab berasakan MA1963 pelancongan tidak termaktub dlm. Perlembagaan Persekutuan jadi perusahaan ini patut diurus oleh kedua-dua pihak Negeri dan Persekutuan ini. Sebarang Akta Pelancongan hendak dikuat-kuasakan mesti berbincang dan berbahas dengan Kerajaan Negeri Sarawak. Pembangkang DAP YB chong Jien Zen menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 1995 telah menubuhkan Lembaga Pelancongan di Negeri Sarawak dan sepanjang masanya berhak autonomi menjalankan tugas tanpa dikacau oleh Pihak Persekutuan. Parti PBK kita menganggap hak mengerah Tax pelancongan patut terpulang kepada Negeri Sarawak. Pindaan 1994 Perlembagaan Persekutuan terbabit Tax pelancongan ini tidak halal dan berniat merampas hak-hak Negeri Sabah dan Sarawak. Dan satu fakta yang nyata Kerajaan Persekutuan Malaysia sepanjang masanya berbuat demikian, mereka mampu tidak tanya-menanya, tidak berbincang dan berbahas dengan Kerajaan Negeri, mereka bermaharajalela merebut, merampas dengan sesuka hati. Kerana meraka sangka pihaknya bermajoriti dlm.Parlimen, undang-undang dipegang dlm. tangan mereka diri sendiri.
Mustahilnya para ahli Parlimen Kerajaan BN atau menteri di Kerajaan Persekutuan dari pihak Sabah dan Sarawak sepanjang masanya mengambil sikap entah tak entah. Nyatalah jika mengambil sikap ini tidak mengeluarkan fikiran, berbincang dan berbahas biar membabi buta, pak turut. Akhirnya menyusahkan diri-sendiri kerana kehilangan hak-hak Negeri Sarawak yang asal pada kita. Pada halnya perkara ini tidak dibenarkan dipandang ringan atau diabaikan.
Apa bila ditanya wakil ahli Parlimen daripada Negeri Sarawak sebanyak 31 orang (termasuk 25 orang BN dan 6 orang pembangkang) macam mana dlm. perbincangan tentang Akta ini? Menteri kita Datuk Abdul Karim menerangkan bahawa waktu itu tepat pada dinihari (jam 4) itu pun biasanya masa orang tidur siapa akan begitu rajin mahu berbincang dan berbahas lagi? Kebanyakan ahli Parlimen tengah rehat dlm. Dewan rehat. Akhirnya biarlah Rang Akta itu diluluskan! Inilah satu hal ajaib dlm.sejarah menyuarat di Parlimen Malaysia Negara kita!
Ekonomi Malaysia semakin merosot mempengaruhi perkembangan perusahaan pelancongan hanya pendapatan (income) penyewaan bilik di Hotel-hotel sudah turun 20%---35%. Pada asalnya memang ada Tax pekhidmatan, lessen berniaga dan GST lagi. Setiap tahun akan meningkat sedikit kos menyewa bilik tapi masih bersusah-susah untuk mejalankan perniagaan. Sekarang kerajaan berniat mengerah Tax menyewa bilik lagi dari 2.5 hingga 20/- ringgit Malaysia mengikut kadarnya. Ini akan menyebabkan penyewa lokal di hotel tidak tahan nak menanggung begitu mahal kos sewa ini. Dlm. pada perkembangan ekonomi yang merosot ini kerajaan masih mengambil tindakan keras untuk berkuat-kuasa Akta pelancongan pada 1hb Julai tahun ini kita suspek kerajaan kita telah menyeleweng dari landasnya kerana disangka sembelih ayam untuk dapati telur.
Maklumlah sekiranya Kerajaan BNUMNO bersih dan amanah tiada rasuah tidak menyeleweng guna kuasa tidak boros kita fikir Kerajaan Malaysia boleh langkah demi langkah (step by step) menjelaskan hutang piutang yang begitu banyak ini. Tak perlu berniat mengerah Tax pelancongan ini kerana seboleh-bolehnya baru dapat beberapa ratus juta ringgit Malaysia saja. Tak cukup jadi garam dan gula dlm.resipi masak-memasak.
Jadi kebanyakan rakyat Sabah dan Sarawak menganggap bahawa kerajaan BN di negeri Sabah dan Sarawak jika ingin menjaga maruah dan imej Kerajaan kita sendiri, ingin mempertahankan dan memeliharakan hak-hak Sabah dan Sarawak haruslah mengusulkan dan luluskan usul tuntut balik hak autonomi yang asal pada Sabah dan Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak.
Kemudian mengemukakannya kepada Kerajaan Persekutuan Malaysiamenerangkan dan menggesa kpd. mereka supaya menunaikan hasrat atau tujuan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Jangan abaikan hasrat Kerajaaan Negeri Sabah dan Sarawak dan rakyat Negeri Sabah dan Sarawak.
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan Daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang Sarawak
( yang bertarikh 15hb Julai 2017)