Bangsa Dayak Tidak Boleh Dilupakan Dan Diketepikan Dlm. Konsep Malaysia

打印

Image result for the road from  Kanowit to Kapit Hasil carian imej untuk parti bumi kenyalang (pbk)

Sarakians percaya Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah memang tahu perkara ini. Parti Bumi Kenyalang berharap beliau sebagai pemimpin bangsa Dayak akan bersama-sama dengan temannya membimbing bangsa Dayak berikhtiar keluar daripada lembap yang susah dan sengsara. Ini juga keinginan saudara-saudari di negeriSarawak.

 

Image result for the road from  Kanowit to Kapit

 

 

Bangsa Dayak Tidak Boleh Dilupakan Dan Diketepikan Dlm. Konsep Malaysia

Kenyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang Cawangan Lanang Sibu

Yang Bertarikh 26hb April 2017

 

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah pada “Majlis malam anak bangsa Dayak” yang diadakan oleh Persatuan Bangsa Dayak pada 22hb April 2017 berkata demikian: “Bangsa Dayak yang merupakan salah satu kumpulan warga-negara yang agak besar dalam konsep Malaysia maka tidak boleh dilupa dan ditinggalkan. Jadi Pucuk pimpinan bangsa Dayak harus mengambil-berat perkara ini dan beliau menegaskan bahawa beliau akan dengan seboleh-bolehnya berjuang untuk hak-hak yang asal pada bangsanya”. Masyarakat umum juga mengambil perhatian bahawa pemimpin bangsa Dayak ini meneraju pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak ini dan juga berharap masyarakat umum boleh mengusul dan membentangkan fikiran mereka dlm. masalah memajukan masyarakat bangsa Dayak dan memelihara serta mempertakankan kepentingan dan kebaikan masyarakat bangsa Dayak.

Maklumlah ramai penduduk-penduduk di negeri Sarawak termasuk etnik Dayak telah mengalami dan menyaksikan sejarah penubuhan Malaysia dan perkembangannya, malahan ada ramai juga penduduk-penduduk di negeri Sarawak mengalami keperitan dan kesusahan semasa penubuhan Malaysia. Ramai orang penduduk di negeri Sarawak menyaksikan mendiang Ketua Menteri Sarawak yang pertama Datuk Stephen Kolong Ninggang mewakili rakyat Sarawak dan juga bangsa Dayak yang memiliki 40% daripada jumlah bilangan penduduk-penduduk Sarawak itu telah naik ke takhta pucuk pimpinan kerajaan negeri Sarawak yang paling tinggi itu Ketua Menteri Sarawak yang pertama. Malangnya dlm. masa singkat beliau memegang jawatan ketua menteri Sarawak telah dua kali diturunkan dari takhta ketua menteri ini kerana beliau bukan pak turut berani mempertahankan hak-hak orangSarawak. Maka digantikan oleh Mendiang Datuk Tawi Sri dan Datuk Tawi Sri menjadi catur untuk berlaga saja. Selepas ini tidak pernah ada sesiapa orang bangsa dayak berpeluang meneraju jawatan Ketua Menteri Sarawak lagi. Sungguhlah macam mendiang Datuk Temenggung Jugah selepas menanda-tangani surat perjanjian Malaysia (MA63) di London England balik ke Rumah Panjainya, di Kapit beliau sungguh gembira memberitahu bahawa Bandaraya London dan Kuala Lumpur betapa maju dan makmur. Dan beliau berkata bahawa Nadai Salah jika kitai masuk Malaysia. Tidak lamanya hari bahagia akan tiba di rumah panjai kita! Tapi tuai-tuai rumah panjai bimbang hati kerana Parti SUPP waktu itu pernah kata mungkin kitai kena bohong. Datuk Temenggung Jugah pun bimbang hati dan tidak pasti lagi lalu berkata: kalau bagitu habislah kitai! Macam mengunyah tebu dari pangkal ke hujungnya makin kunyah makin tawar rasanya.

Umum Sedia maklum sepanjang 54 tahun Sarawak dlm. Malaysia hak-hak Sarawakians sedikit demi sedikit direbut dan dikikis. Selanjutnya pada tahun 1976 dengan cara pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Sabah(North Borneo) dan Sarawak telah diturunkan menjadi salah satu negeri daripada 13 buah negeri yang tidak sama serata dengan Persekutuan Tanah Malaya yang digabungkan oleh 11 buah Negeri di Semenanjung Tanah Malaya. Sabah dan Sarawak telah diturunkan ke-12 dan ke-13 buah negeri berasingan dlm. Konsep Malaysia. Dan bangsa Dayak yang merupakan satu bangsa besar yang memiliki 40% bilangan daripada jumlah penduduk di negeri Sarawak. Kenapakah dlm. ruang jenis-jenis warga-negara langsung tidak ada Bangsa Dayak melainkan digantikan dengan Perkataan “Dan lain-lain” dlm. borang-borang urusan pentadbiran di kerajaan Malaysia.

Lebih hairan lagi kota Kapit sebagai ibu kota bahgian Kapit yang juga bahagian tempat tumpah darah bagi Mendiang Datuk Temenggung Jugah yang sebagai salah satu wakil mewakili Sarawak menanda-tangani Perjanjian Malaysia(MA63), tetapi setakat kini udah 54 tahun pun tiada satu jalan raya yang boleh menghubungi dengan kota lain, biar kota Kapit menjadi sebuah Pulau yang sengaja diasingkan. Sekarang jalan raya mennghubungi kotaKapit dengan pekan Kenowit cuma 90 kilometer sahaja orang Kapit masih menunggu-nunggu lagi. Bilakah boleh siap?

Parti Bumi Kenyalang kita sungguh gembira mendengar ucapan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah berujar bahawa Pimpinan bangsa Dayak akan berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk bangsa Dayak supaya tidak dilupa dan ditinggal dlm. kemajuan masyarakat Malaysia. Saudara-saudari Dayak angkatlah biar kita berganding tangan , bekerja-sama,bersama-sama berjuang dengan bangsa lain untuk menutut kembali hak-hak yang asal pada kami.

Lepas 54 tahun kebimbangan mendiang Datuk Temenggung Jugah sudah menjadi fakta pada hari ini. Mundur dan ketinggalan Negeri kita! Di manakah asal-usulnya? Kerajaan Persekutuan Malaysia tidak dapat lari daripada tanggung-jawab mereka! Ada hitam puteh hak-hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dlm. Perjanjian Malaysia(MA63) yang bersama-sama dimeterai oleh England, Persekutuan Tanah Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak itu pun boleh dipnda dan diputar-belitkan tanpa diizinkan dan diketahui oleh semua pihak.

Sarakians percaya Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah memang tahu perkara ini. Parti Bumi Kenyalang Sarawak berharap beliau sebagai pemimpin bangsa Dayak akan bersama-sama dengan temannya membimbing bangsa Dayak berikhtiar keluar daripada lembap yang susah dan sengsara. Ini juga keinginan saudara-saudari di negeriSarawak.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Kenyataan daripada Parti Bumi Kenyalang Cawangan Lanang Sibu

(  yang bertarikh 26hb April 2017  )