Baget 2017 Belum Dapati Faktor Penyakit Dek Tidak Gunakan Ubat bermujarab

打印

Hasil carian imej untuk 肯雅啦全民党

 PBK: Jadi kita memahami jika tidak menuntut balik hak autonomi kita khususnya hak autonomi dalam bidang ekonomi dan kewangan kita akan hilang banyak kepentingan dan kebaikan yang sepatutnya dipunyai negeri kita. Parti Bumi Kenyalang percayai jika kita ada hak autonomi Sarawak akan membina satu state yang kaya dan maju di antara tiga komponen dalam konsep Persekutuan Malaysia.

 

Hasil carian imej untuk 肯雅啦全民党

Hasil carian imej untuk 肯雅啦全民党

 

 

Kenyataan daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang bertarikh 28hb Oktober 2016  :

 

 

Baget 2017 Belum Dapati Faktor Penyakit Dek Tidak Gunakan Ubat bermujarab

 

Baget 2017 telah dicadang oleh Perdana Menteri melengkap Menteri kewangan kepada Dewan Parlimen pada 21hb Oktober 2016. Parti Bumi Kenyalang kita menganggap baget 2017 ini tidak mendapati faktur penyakit Negara kita maka tidak gunakan ubat mujarab untuk mengubatinya. Walau bagaimana pun ia macam tahun-tahun yang lepas membuat sikit-sikit kerja pembaikan, memberi sedikit “gula batu” untuk manis mulut saja. Kalau cakap boleh meningkat dan memperteguh ketahanan ekonomi untuk menyelamatkan ekonomi negara dan mensejahtera rakyat jelata. Omong-omong saja! 

 

Jentera gergasi pengelolaan dan pentadbiran kerajaan perlu reform

 

Baget 2017 menyediakan peruntukan sebanyak 260.8 billion ringgit bagi melaksanakan langkah-langkah, program-program untuk pembangunan dan mensejahteran rakyat. Daripada jumlah peruntukan tersebut sebanyak 214.8 billion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurs dan sebanyak 46 billion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Berbanding dengan baget 2016 jumlah peruntukan sudah meningkat sebanyak 3.4%, perbelanjaan mengurus 82.4%  dan perbelanjaan pembangunan 17.6%. Kita tidak memandang baik baget 2017 ini kerana perbelanjaan bagi mengurus terlalu banyak 82.4% daripada jumlah peruntukan dan hanya 17.6% peruntukan bagi pembangunan saja. Kalau demikian,bolehkah mencapai cita-cita seperti yang dinyatakan dalam wawasan 2020.

Daripada peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak 77.4 billion ringgit iaitu 30% diperuntukkan bagi kaki-tangan kerajaan punya gaji,ganjaran dan sebagainya. Badan angkatan kaki-tangan terlalu gemuk dan besar hampir di antara setiap 26 orang warga Negara ada satu orang kaki-tangan kerajaan. Sungguh mengagum! Kaki-tangan kerajaan boleh menerima kenaikan gaji tahunan biasa dan bonos 250 ringgit, lagi pun macam mana kaum buruh dan kaki-tangan swasta?  Inilah sebab En. Nazib cintakan mereka kerana ada sejumlah 1.6 million pengundi tetap sokongnya. Angkatan kaki-tangan kerajaan Negara kita boleh dikatakan paling gemuk dan besar di antara Negara Asia-pasifik jika tidak reform tetap akan mengheret

ekonomi negara kita ke tahap krisis.

 

Pelaksaan GST rakyat Malaysia sudah jatuh ditimpa tangga lagi

 

Setakat Jun 2016 hutang piutang Negara bertimbun sebanyak 655.7 billion ringgit iaitu 53.2% daripada jumlah kos penghasilan Negara kita. Rakyat dan Negara kita betul-betul dalam keadaan susah dan miskin diakibatkan oleh Kerajaan berjangkit dengan penyakit barah seperti penyakit rasuah, penyeleweng/salah guna kuasa dan penyakit memboros. Tambahan pula kurang hasilan minyak petrol, gas petroleum di Negara kita dan harga minyak telah turun di pasaran antara-bangsa. Kerajaan Negara kita tidak membetulkan pola kelemahan yang utama seperti tersebut di atas melainkan berminat melaksanakan GST. Kononnya GST akan mendapat 40 billion ringgit( 66.8% daripada pendapatan Negara) tahun depan akan tetapi masih belum cukup untuk memenuhi deficit kewangan yang bertimbun selama 20 tahun. Bilangan deficit kewangan dianggar 40.3 billion ringgit campur tambahan peruntukan 13 billion ringgit jadi deficit kewangan pada tahun depan ada sejumlah 53.3 billion ringgit. Namun 10% daripada GST digunakan untuk membayar hutang Negara, interest pinjaman Negara dan perbelanjaan Negara akan menambah daripada 26.4 billion ringgit tahun ini kepada 29.1 billion ringgit tahun depan. Sungguh membimbangkan kita macam manakah masa depan Negara kita.

Pelaksanaan GST terpaksa dilancarkan sudah cukup membebankan rakyat dalam kos sara hidup tambahan lagi subsidi daripada kerajaan telah dibatalkan seperti subsidi minyak makanan sebanyak 1 billion ringgit dibatalkan telah menyebabkan kos minyak makanan menambah 15% daripada asalnya. Di samping itu kos barang-barang keperluan harian melambung tinggi seperti beras, gula pasir, tepung gandum dan lain-lain lagi. Harga barang-barang perniagaan di pasaran dinaikkan harga puratanya dari 20% kepada 30% akan mengakibatkan berlaku sekali lagi krisis ekonomi Negara kita .

 

BR1M (bantuan ringgit 1 Malaysia) tidak membawa manfaat yang benar kepada rakyat

 

Perkembangan ekonomi Negara kita tidak cerah seperti dijangkakan akan tetapi kerajaan masih mahu memberi BRIM kepada rakyat dengan jumlah yang paling banyak 1,200 ringgit seorang. Baget 2017 akan memperuntukkan peruntukan sebanyak BRIM 6.8 billion ringgit untuk bantu 700 million orang miskin dan keluarga miskin( pendapatan sekeluarga di bawah 3,000 ringgit). Ini mungkin bererti untuk memancing kertas undian.

BR1M bukan percuma diberi kepada rakyat kerana mungkin GST mengambil balik lebih banyak daripada pemberian ini.

Kalau kerajaan berhajat untuk meringankan bebanan rakyat bukanlah dengan cara memberinya wang, sebenarnya haruslah mengajar warga Negara kita berusaha meningkatkan taraf perlajaran dan pendidikan diri-sendiri, seperti simpulan bahasa berbunyi “ lebih baik mengajar seseorang menangkap ikan daripada menghadiahnya ikan”.

Kerajaan sepatutnya harus menyediakan lebih banyak institusi-institusi atau kolej-kolej membantu pelajar-pelajar atau muda-mudi melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan teknologi. Memberikan lebih banyak peluang untuk angkatan muda-mudi di luar Bandar/kawasan pendalaman berusaha meneroka mata pencarian penghidupan seperti berjuang dalam bidang penanaman, perikanan dan penternakan. Bukan memberikan mereka wang bantuan untuk sara hidup sahaja.

 

Tidak sesuai peruntukan perbelanjaan pendidikan diperuntukkan kepada institusi pengajian

 

Untuk perkembangan dan pembangunan negara sekolah-sekolah sebagai institusi yang bertujuan untuk mendidik atau memupuk lebih banyak pakar-pakar yang boleh berkhidmat untuk Negara. Kalau berbanding dengan baget 2016 peruntukan perbelanjaan pelajaran dan pendidikan dalam baget 2017 telah dikurangkan 1.4 billion ringgit iaitu sebanyak 6.2 billion ringgit dan pada tahun 2017 dijangka akan diberi peruntukan khas sebanyak 0.6 billion ringgit di bidang pelajaran dan pendidikan. Demikian sedikit peruntukan perbelanjaan bagaimana dapat memenuhi permintaan, mungkin kebanyakan sekolah-sekolah rendah/menengah langsung tidak menerima peruntukan perbelanjaan daripada kerajaan.

Perlu dinyatakan di sini sekolah-sekolah/institusi-institusi swasta China tidak pernah diperuntukkan perbelanjaan sudah cukup kecewa. Sekarang lebih teruk lagi sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan pun tidak menerima peruntukan perbelanjaan dalam baget 2017. Peruntukan perbelanjaan kepada sekolah rendah jenis kebangsaan Melayu ada sebanyak 0.25 billion ringgit, tetapi sekolah rendah jenis kebangsaan china dan tamil hanya diperuntukkan perbelanjaan berasingan sebanyak 5,000 million ringgit sahaja kepada masing-masing. Ini memang tidak adil kerana bilangan penduduk China dua kali ganda banyak daripada penduduk Tamil.

Di Sarawak bangunan sekolah rendah jenis kebangsaan china sebanyak 486 buah perlu diperbaiki dan permohonan ini sudah diluluskan oleh Jabatan pelajaran dan pendidikan. Akan tetapi hanya diperuntukkan peruntukan perbelanjaan cukup untuk 30 buah sekolah sahaja. Macam manakah lain-lain sekolah?

 

Sarawak telah diabaikan dalam baget 2017

 

Sebelum pilihan raya dewan undangan Sarawak diadakan hampir satu atau dua minggu  En. Nazib datang mengunjung Sarawak sehingga mesyuarat kabinet persekutuan Malaysia pun luar biasa diadakan di Sarawak dan beliau komited beri ini itu. Selepas pilihan raya baying En.Nazib di manakah!  Demikianlah selama 53 tahun begitu ditipu,dibohong, apa komitmen pun boleh habis dilupakan.

Sehingga Ketua Menteri Sarawak Datuk Tan Sri Adenan Satem bersungut-sungut bercadang nak menggunakan dana simpanan khas di khazanah Sarawak untuk pembangunan Sarawakkhususnya untuk projek Lebuh raya Pan Borneo. ///////////////////

Projek lebuh raya Pan Borneo sudah beberapa tahun dijanji akan dilaksanakan tetapi dalam draft baget 2017 langsung tidak menyentuh projek ini. Tidak pernah diperuntukkan perbelanjaan khas kepada projek Lebuh Rya Pan Borneo kecuaili dengan mengalih peruntukan perbelanjaan pembangunan Sarawak kepada projek Lebuh Raya Pan Borneo. Sungguh mengecewakan!

 

Draft baget 2017 hindarkan topik penyakit rasuah di Negara kita

 

Malaysia sebuah Negara yang kaya dengan sumber alam semula-jadi dan tiada mala-petaka berlaku di Negara kita. Tetapi malangnya ekonomi Malaysia nyaris-nyaris jatuh ke tahap bankrap kerana di sangka diakibatkan oleh penyakit Kerajaan Persekutuan Malaysia BNUMNO yang dianggap bersifat-sifat rasuah, penyelewengan/salah guna kuasa dan memboros. Menurut laporan “Journal Time” Negara kita Malaysia adalah salah satu Negara yang paling rasuah di seluruh dunia ini dan Index pencegahan rasuah terus menurun ke bawah.

Kini Negara kita Malaysia termasyhur di seluruh dunia khususnya peristiwa Officer No.1 dan Institusi kewangan Negara 1MDB yang terajui pimpinan Officer No.1 yang terlibat dalam peristiwa rasuah menurut “Journal Time”. Masa terkini peristiwa Institusi Lembaga Air di Sabah lebih nyatalah peristiwa rasuah sangat teruk di Negara kita. Dalam draft baget 2017 satu sen pun tidak ada khas diperuntukkan kepada Pesuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Face book peribadi Nazib menggesa rakyat Malaysia jangan buang duit ke high class restaurant boleh bekerja part time seperti pemandu Uber. Kita sangat hairan pimpinan negara kita selalu duduk di kantor berhawa dingin pejam mata lalu bercakap tentang hal ini itu. Langsung tidak mempedulikan kilang-kilang tutup pintu, perkerja-pekerja menganggur,ekonomi merosot banyak rakyat di bawah golongan kelas rendah mahu sara hidup diri-sendiri pun susah, di mana ada duit lebih enjoy di high class restaurant dan loan kereta sebagai kereta Uber. Pimpinan negara kita sangat pandai main taktik untuk menawan hati rakyat saja. Bukan benar-benar pandai membawa kesejahteraan dan kebaikan kepada rakyat kita.

Parti Bumi Kenyalang berharap pimpinan Negara kita membuat apa dasar-dasar mesti berasaskan akan membawa kepentingan dan kebaikan kepada rakyat semua. Carilah penyakit Kerajaan Negara kita gunakan ubat bermujarab. Masa sekarang yang paling penting adalah menghapuskan penyakit kanser yang berada di badan Kerajaan Negara kita seperti peristiwa Officer No.1 bersama Institusi kewangan Negara kita 1MDB yang terajui pimpinan Offier No.1.

 

Kecemerlangan Baget 2017 Perikatan Harapan boleh gangti draft baget 2017 Kerajaan

 

Perikatan Harapan pembangkang juga mengumunkan bagetnya 2017 pada 19hb Oktober 2016. Di antara pola-pola cemerlang yang sangat menarik umum ialah potong 10 billion ringgit daripada peruntukan perbelanjaan kepada Jabatan Perdana Menteri Malaysia.  60% daripada peruntukan tersebut diperuntukkan kepada kelima-lima negeri yang paling miskin dalm konsep PersekutuanMalaysia. Mengesyorkan kebanyakan peruntukan perbelanjaan dalam baget 2017 diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak. Menyokong reformasi sistem tanah, hak NCR dipunyai kaum bumi di Sabah dan di Sarawak tidak boleh dipinda,diubah atau dirampas oleh mana-mana pihak. Mengesyorkan persamaan harga tiket bas, keretaapi, railway RTM dan terhad kepada Perdana Menteri yang sering gagal dalam pelaburan di luar Negara atau dalam Negara meletakkan jawatan diri-sendiri pada Jawatan melengkap Menteri Kewangan.  Nampaknya baget 2017 dicadangkan oleh Perikatan Harapan Pembangkang sangat baik dan cemerlang tetapi masih bergantung pada pelaksanaannya.

 

Hanya Tuntutkan Balik Hak Autonomi Sarawak Baru Ada Hak Berbunyi Dalam Baget

 

Imbaukan kembali baget Sarawak 2016 sebanyak 74% daripada peruntukan perbelanjaan diperuntukkan kepada bidang pembangunan infrastruktur Sarawak ( 19.5% daripada baget 2016 Kerajaan Persekutuan Malaysia diperuntukkan kepada Sarawak). Jadi kita memahami jika tidak menuntut balik hak autonomi kita khususnya hak autonomi dalam bidang ekonomi dan kewangan kita akan hilang banyak kepentingan dan kebaikan yang sepatutnya dipunyai negeri kita. Parti Bumi Kenyalang percayai jika kita ada hak autonomi Sarawak akan membina satu state yang kaya dan maju di antara tiga komponen dalam konsep Persekutuan Malaysia.

Parti Bumi Kenyalang menyeru segala pihak di Sarawak bersatu-padu untuk berusaha menuntutkan balik hak autonomi negeri kita. Demikian memang ada satu baget yang lumayan diumumkan kepada Negara kita.

Sekian dan terima kasih.

 

Kenyataan daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang

Yang bertarikh 28hb Oktober 2016