Kenyataan dari PBK Terus Menerus bersatu-padu Mempertahankan dan Berjuang Untuk Hak Autonomi Sarawak

打印

 Image result for 肯雅兰全民党

Parti Bumi Kenyalang  menghargai dan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir telah menyaksikan pelancaran mekanisme Pakatan Harapan Sarawak pilihan raya umum ke-14 dan komited akan menunaikan apa yang dikomited dlm. 5 bidang urusan yang penting sekiranya Pakatan Harapan menang dlm. pilihan raya akan datang dan memegang kerajaan persekutuan Malaysia.

 

Image result for 肯雅兰全民党

 

Terus -Menerus bersatu-padu
Mempertahankan dan Berjuang Untuk Hak-Hak Autonomi Sarawak

 

                (Kenyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang Sarawak)

 

Parti Bumi Kenyalang Sarawak menyeru dan menggesa seluruh rakyat jelata Sarawak
terus-menerus bersatu-padu untuk mempertahankan dan berjuang untuk menuntut
balik hak-hak autonomi Srawak kita.

 

Mula-mula ini seruan rakyat berhangat-hangat di Sarawak akan menuntut balik hak-hak autonomi Negara Sarawak mereka, oleh itu kerajaan Persekutuan di semenanjung Tanah Melayu terpaksa menyahut seruan rakyat Sarawak sini. Bekas Perdana Menteri Tun DR. Mahathir kini memegang jawatan pengerusi Pakatan Harapan Malaysia pada 24hb September 2017 membuat ceramah umum sulung kali di Kuching ibu kota Sarawak sebagai permulaan kempen.ceramah ke seluruh Malaysia. Orang Sarawak tak kira apa bangsanya macam gelombang di laut ramainya mengerumumi ke padang majlis ceramah umum ini dan sahutan “syabas! Tun Dr. Mahathir” menyelubungi padang majlis ceramah ini.

 

Orang kuat Pengerusi Pakatan Harapan Malaysia bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir dalam pertemuan dengan rakyat beliau berkata:”Saya memahami sungguh ramai rakyat jelata di Sabah dan Sarawak memang tidak puas hati kerana sekian lamanya Sabah dan Sarawak telah dipandang sebagai salah satu negeri daripada 13 buah negeri dlm. konsep Malaysia. Beliau menekankan kita perlu menyemak dan menyelidikan semula perjanjian Malaysia (MA1963) supaya boleh mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak kepada negeri Sabah dan Sarawak khususnya apa-apa butiran yang termaktub dlm. MA1963 muka surat 16 yang berkait dengan Sarawak dan dlm. muka surat 20 yang berkaitan dengan negeri Sabah.

 

Parti Bumi Kenyalang di sini sangat menghargai dan berterima kasih kepada ucapan Tun Dr. Mahathir Pengerusi parti pembangkang yang paling besar di Malaysia dan bekas Perdana Menteri Malaysia telah menyaksikan sahutan rakyat Sarawak betapa kuat dan jelas untuk menyampaikan hasrat mereka yang ingin menuntut balik hak-hak orang Sarawak yang sekian lamanya terkikis oleh Kerajaan Persekutuan Semenanjung Tanah Melayu.

 

Parti Bumi Kenyalang Sarawak menghargai dan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir telah menyaksikan pelancaran mekanisme Pakatan Harapan Sarawak pilihan raya umum ke-14 dan komited akan menunaikan apa yang dikomited dlm. 5 bidang urusan yang penting sekiranya Pakatan Harapan menang dlm. pilihan raya akan datang dan memegang kerajaan persekutuan Malaysia.

 

Dan apa-apa butiran akan ditunaikan dlm. 5 bidang urusan yang penting ini adalah seperti berkait:

 

1. Mempertahankan dan memelihara kerajaan Sarawak berhak-hak dlm.urusan lingkungan Sarawak.

 

2. Mempertahankan dan memelihara Sarawak berhak-hak adil dan saksama berkait dengan cukai dan petroleum.

 

3. Mempertahankan dan memelihara Sarawak berhak-hak adil dan saksama dlm.perkembangan dan pembangunan infrastruktur dan tanah.

 

4. Mempertahankan dan memelihara orang Sarawak berhak-hak berpendidikan bermutu syabas.

 

5. Mempertahankan dan memelihara Sarawak berhak-hak adil dan saksama dlm.bidang perkembangan dan pembangunan ekonomi, dan membubuhi kaum muda-mudi, wanita dan kaum minoriti berpeluang berkecimpungkan diri-senridi dlm. bidang ini.

 

Bagaimana melaksanakan butir-butir yang dikomited sekiranya Pakatan Harapan menang dlm. pilihan raya akan datang dan memegang kerajaan persekutuan? Pakatan Harapan berkata:”mereka akan berprinsipkan undang-undang Negara kita dan MA1963. Melalui sistematik membaharui dan memperbaiki dan memberikan perkhidmatan mekanisme yang baik untuk melaksanakan apa yang dikomited tersebut di atas”. Apabila ditanya soalan sama ada bekerjasama dengan PBB Sarawak Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa Pakatan Harapan tidak kecil hati bercincang dan bekerjasama dengan Parti PBB Sarawak. Tetapi belum tahu mereka mahu atau tidak?

 

Parti Bumi Kenyalang Sarawak menyatakan bahawa rakyat Sarawak telah memperhatikan dan berterima kasih kpd. Pakatan Harapan sangat mengambil berat pergerakan tuntut balik hak-hak Sarawak dan Pakatan Harapan telah hafalkan janji-janji mereka. Ini menunjukkan pergerakan tuntut balik hak-hak Sarawak telah nampak lunas berjayanya.

 


Parti Bumi Kenyalang Sarawak telah banyak kali menegaskan bahawa untuk menyeluruh menunaikan hasrat orang Sarawak Parti Bumi Kenyalang kita sepanjang masanya berpendapat dan mengesyorkan perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang termasuk parti-parti memegang kerajaan, parti-parti bukan memgang kerajaan, NGO dan ahli-ahli pakar supaya boleh lebih melanjut menjalankan tugasnya. Apa sebabnya Jawatankuasa khas ini diperlukan?

 

1. Menimbangkan kerajaan Sarawak adalah merupakan salah satu komponen dlm.kerajaan persekutuan BN pegawai-pegawai daripada kerajaan Sarawak ini mungkin akan terpengaruh oleh sesuatu unsur-unsur peribadi, perasaan peribadi kerana bergaul rapat dengan pihak kerajaan persekutuan mungkin berrasa segan tidak sesuai dlm. berbincangan.

 

2. Wakil-wakil daripada parti-parti bukan komponen kerajaan BN, NGO atau ahli-ahli pakar tidak mempunyai faktur-faktur tersebut di atas maka mungkin mereka lebih sesuai dan tidak mempunyai apa-apa bimbangan dan boleh terus terang menyampaikan apa yang dikatakan.

 

3. Suara rakyat dari masyarakat umum dan tindas-balas dari kalangan rakyat merupakan suatu kekuatan yang tidak dapat dielakkan telah berdiri teguh di belakang kerajaan.

 

4. Pihak kerajaan Sarawak harus berkoperasi dengan pihak bukan kerajaan dan pihak bukan kerajaan ini akan merupakan kekuatan teras berjuang dlm. urusan menuntut balik hak-hak Sarawak kita.

 

Pada 22hb September 2017 di Miri pihak Imigresen menahan tiga orang daripada Pakatan rakyat masuk Sarawak dan kes tindakan polis bersama pihak Imgresen terhadap YB Chuah Yi Ling dari wilayah Kuala Lumpur, kita Parti Bumi Kenyalang
menganggap tindakan Pihak Polis dan Imigresen adalah tidak sah dan salah
gunakan kuasa mereka. Kuasa Imigresen Sarawak bukan digunakan untuk menghalang atau menghalau orang politik atau aktivis sosial. Ia digunakan untuk menjaga kepentingan Sarawak tidak kacau oleh anasir-anasir terlampau daripada perkauman, agama, penganas-penganas seperti IS.

 

Saudara –saudari di Sarawak marilah kita bersama-sama bersatu-padu
berjuang untuk mencipta suatu masyarakat yang harmoni, adil, kaya dan mewah
demi kepentingan keturunan yang akan datang.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Kenyataan daripada
Setiausaha Parti Bumi Kenyalang Sarawak

 

(yang bertarikh 25hb September 2017)